Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

EPL: Manchester United Garang...

MANCHESTER - Pengurus baru Manchester United, Louis van Gaal akhirnya menguntum senyuman selepas...

Al-Sultan Abdullah Dimasyhurkan Canselor...

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

Wanita Sarat Mengandung Mati...

PATTANI - Seorang wanita yang mengandung sembilan bulan mati manakala rakannya parah akibat...

Jabatan Meteorologi Nafi Sabah...

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi hari ini menafikan khabar angin bahawa Sabah akan...

Polis Tahan Lelaki Edar Dadah Sekitar Felda Selancar

ROMPIN – Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah di sekitara Felda Selancar 1, Muadzam Shah pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azli Mohd Noor berkata lelaki berumur 33 tahun itu ditahan pada kira-kira 9 malam selepas pasukan polis yang sedang melakukan rondaan terserempak dengan suspek yang dipercayai sedang menunggu pelanggan.

“Sebaik menyedari kehadiran polis, lelaki itu cuba melarikan diri menyebabkan berlaku pergelutan mengakibatkan suspek mengalami cedera ringan di bahagian muka dan tangan, “Hasil pemeriksaan di poket seluarnya, polis menemukan satu paket plastik berisi ketulan putih disyaki dadah jenis heroin seberat 83 gram dan satu paket plastik berisi ketulan jernih disyaki syabu seberat 1.8 gram yang kesemuanya dianggar bernilai RM1,570,” katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya siasatan awal mendapati suspek yang mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan dadah, samun, curi, pecah rumah dan peras ugut, mengaku mengambil dan mengedar dadah secara kecil-kecilan sejak kira-kira sepuluh tahun lalu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Felda

Kategori