Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

SPAD Tugaskan 300 Penguat...

KUALA LUMPUR - Menjelang musim perayaan Aidilfitri tahun ini, sebanyak 300 pegawai penguat...

Kecoh Wanita Nigeria Kahwini...

PELAYAR internet di Nigeria heboh susulan tersebarnya foto perkahwinan seorang wanita warganegara itu...

Isteri Serah Tubuh Pada...

KUALA TERENGGANU - Luluh hati seorang suami apabila melihat isterinya berada di dalam...

‘Bisa Apa’ Buah Tangan...

MESKIPUN pernah dikritik dan dikecam serta bakatnya dipertikaikan oleh netizen sewaktu pertama kali...

Polis Thai Rampas 3.2 Juta Pil Dadah

CHIANG RAI (Thailand) – Polis menangkap lapan suspek dan merampas lebih tiga juta pil methamphetamine, ketamin serta dadah terlarang lain dalam beberapa serbuan di wilayah utara negara itu kelmarin.

Jurucakap polis berkata, dalam serbuan berkenaan polis merampas 3.2 juta pil methamphetamine, 4 kilogram methamphetamine, 1 kilogram ketamin, enam kenderaan, buku bank dan beberapa barang kemas.

Katanya, serbuan itu bermula apabila polis menahan seorang lelaki di satu pusat pemeriksaan di daerah Mae Chan kelmarin.

“Pemeriksaan pada kereta lelaki itu menemui puluhan ribu pil methamphetamine, 4 kilogram methamphetamine dan 1 kilogram ketamin,” katanya di sini semalam.

Susulan tangkapan itu, polis menahan seorang lelaki di daerah Mae Sai pada hari yang sama.

“Lelaki itu mengaku dia memandu sebuah van yang penuh dengan dadah dan ditinggalkan di tempat letak kereta sebuah hotel.


“Polis yang pergi ke hotel itu menemui van berkenaan yang dipenuh dadah,” katanya.

Menurutnya, semua dadah itu dirancang diseludup ke Bangkok untuk dijual di pasaran gelap di sana.

“Daripada soal siasat kami menahan enam lagi anggota sindiket berkenaan yang disyaki terbabit dalam aktiviti penyeludupan dadah,” jelasnya. – Agensi/myMetro Online

Kategori