Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Masjid, Surau Di Perak...

IPOH – Semua masjid dan surau di Perak dibenar melaksanakan solat tanpa penjarakan...

3 Pensyarah Unimap Terpilih...

KANGAR - Tiga pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terpilih sebagai jurulatih utama bagi...

Dulu Pekik Mahu Hapus...

SINIS... Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mengkritik kerajaan apabila seolah-olah tidak...

Tikam Kekasih Sambut Hari...

Wilkes-Barre - Seorang wanita Pennsylvania mengejar dan menikam dada kekasihnya hanya kerana lelaki...

PR1MA Mulakan 4 Lagi Projek Rumah Di Johor

ISKANDAR PUTERI – Perbadanan Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) akan memulakan empat projek baharu di Johor melibatkan 3,616 rumah, sebagai tambahan kepada projek sedia ada di sini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Mutalib Alias.

Beliau berkata projek itu akan dibina di Larkin Indah, Taman Pelangi Indah, Nusa Damai dan Kota Tinggi.

PR1MA Larkin Indah, terdiri daripada 1,174 unit apartmen dan kemudahan lain seperti klinik, gimnasium, tadika, dewan serbaguna, taman asuhan kanak-kanak, taman permainan, kedai dan surau manakala PR1MA @ Kota Tinggi akan dibina 625 rumah teres, Taman Pelangi Indah dan Nusa Damai pula akan dibina kediaman bertingkat.

Kesemua projek dibuka untuk tempahan, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Selaras dengan komitmen PR1MA untuk menyediakan rumah dengan konsep gaya hidup dan masyarakat untuk golongan pembeli daripada kumpulan berpendapatan sederhana (M40), adanya projek ini akan menangani permintaan tinggi terhadap rumah berkualiti dengan harga berpatutan di negeri ini,” tambahnya.

Abdul Mutalib berkata projek mereka sedia ada yang terletak di Tebrau dan Bandar Layangkasa di Pasir Gudang di sini mendapat sambutan yang baik daripada pembeli.

“PR1MA @ Tebrau mencatatkan kadar pengambilan 92 peratus (atau 1,181 unit) manakal PR1MA @ Bandar Layangkasa telah diambil sepenuhnya (475 unit),” katanya.

Enam projek itu akan mempunyai anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.32 bilion, kata Abdul Mutalib.

Sehingga September lepas, Ahli Perbadanan (MOC) PR1MA telah meluluskan pembangunan 259,882 unit rumah PR1MA di seluruh negara, yang mana 141,661 unit masih di pelbagai peringkat pembinaan.


Hampir 1.5 juta rakyat Malaysia mendaftar untuk rumah PR1MA di seluruh negara dan hasilnya, sebanyak 11,944 unit rumah PR1MA telah dijual setakat ini dengan anggaran GDV ialah RM3 bilion.

PR1MA merupakan satu daripada pempamer di Ekspo Johor Berkemajuan 2017 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dataran Mahkota, Kota Iskandar di sini hari ini.

Perbadanan itu akan mempamerkan 30 projeknya di seluruh negara melibatkan lebih daripada 26,000 unit rumah yang dibuka untuk jualan di hari terbuka PR1MA ‘Ceriuh Bersama PR1MA’.

Acara menarik itu akan bertindak sebagai pusat sehenti kepada pembeli berpotensi untuk mengumpul kesemua maklumat berkaitan rumah PR1MA dengan kehadiran kakitangan PR1MA, wakil daripada institusi kewangan serta agensi berkaitan membantu menjawab pertanyaan mereka.

Selain daripada pusat sehenti itu, pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah menarik dengan menyertai PR1MA Wheel of Fortune serta banyak lagi aktiviti keluarga yang menarik. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PR1MA

Kategori