Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Juara Asia Terkilan Kejayaannya...

KUALA LUMPUR - Juara Asia Kelas Elit Superbike 1,000cc, Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC)...

Kotak Suara Bermasalah, Aiman...

PENYANYI Aiman Tino memberitahu dia hilang keyakinan untuk membuat persembahan di atas pentas...

Penyanyi R&B James Ingram...

PENYANYI irama R&B tersohor dunia, James Ingram meninggal dunia pada usia 66 tahun...

Fauziah Latiff Dan Nassier...

PENYANYI Fauziah Latiff dan Nassier Wahab diberikan kesempatan untuk menunaikan ibadah haji pada...

Presiden Rusia Guna “Cara Bertamadun” Selesaikan Isu

SOCHI (Rusia) – Rusia lebih gemarkan cara bertamadun untuk menyelesaikan semua pertikaian, termasuk isu nuklear Semenanjung Korea, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Presiden Vladimir Putin pada Khamis.

Korea Utara tidak seharusnya didesak atau diugut, katanya pada satu mesyuarat badan pemikir Rusia iaitu Valdai Discussion Club di sini, meskipun Rusia mengutuk ujian nuklear Pyongyang.

Sama ada seseorang suka atau tidak Korea Utara, ia adalah sebuah negara yang berdaulat, kata Putin, demikian menurut satu transkrip rasmi ucapan beliau.

“Kami yakin bahawa walau serumit manapun simpulan itu — tidak kiralah jika ia adalah krisis di Syria atau Libya, Semenanjung Korea atau Ukraine — ia hendaklah dirungkai dan bukan dipotong,” katanya. – BERNAMA

Kategori