Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pencuci Pinggan Warga India...

KUALA LUMPUR - Seorang pencuci pinggan warga India hari ini dipenjara sebulan oleh...

Malapetaka Kemanusiaan Terbesar Di...

DAMSYIK - Kira-kira 900,000 penduduk kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing...

Bingung Budak Lelaki Bertelur...

Gowa, Indonesia - Sekumpulan doktor di sebuah hospital di sini terkejut selepas seorang...

Adab Bila Menumpang Kereta...

JIKA sudah bekerja, anda seharusnya pandai memandu. Tak kiralah motosikal atau kereta. Bukan...

Jambori Pengakap Tingkat Kemahiran Komunikasi

KUALA LUMPUR – Program Jambori Di Udara (JOTA) ke-60 dan Jambori di Internet (JOTI) ke-21 peringkat negeri Selangor dari 20 hingga 22 Okt ini menjadi platform bagi anggota pengakap meningkatkan kemahiran komunikasi selain memupuk semangat perpaduan sesama mereka.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Selangor Ishak Mohd Jonid berkata peserta program di Mutiara Semenyih Training Village and Eco Resort di Semenyih, Selangor itu bakal didedahkan dengan penggunaan beberapa peralatan komunikasi terkini selain alat yang telah digunakan sejak sekian lama.

”Peserta turut berpeluang menggunakan sendiri radio amatur di bawah pengawasan tenaga pengajar berlesen selain mempelajari kaedah komunikasi seperti kod Morse, kod fonetik dan lambang komunikasi tertentu.

“Latihan kecemasan ketika berlaku halangan komunikasi juga akan diterangkan oleh tenaga pengajar,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Zulfadzli Ahmad daripada Malaysian Amateur Radio Transmitters’ Society (MARTS), badan yang terlibat dalam menjayakan program itu berkata, JOTA dan JOTI mampu meningkatkan kemahiran asas anggota pengakap dalam menghadapi sebarang krisis termasuk bencana alam.


”Radio amatur boleh digunakan sebagai alat komunikasi ketika bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh. Contohnya, ketika tragedi Highland Towers pada 1993, radio amatur menjadi alat komunikasi anggota penyelamat dalam operasi pencarian mangsa,” katanya.

Jambori tiga hari itu menyasarkan penyertaan kira-kira 200 anggota pengakap Selangor. – BERNAMA

Kategori