Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

RCI Wang Kelian: Laporan...

PUTRAJAYA - Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan...

Mahathir Tiba Di New...

NEW YORK – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di sini Selasa...

SOSMA: Muhyiddin Dan Shafie...

KOTA KINABALU - Seorang Ketua UMNO Bahagian hari ini mendakwa Timbalan Presiden UMNO...

[RASMI] PRU15: Maszlee Malik...

PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH), Maszlee Malik tewas kepada calon Barisan...

Pusat Kanser Di Kedah Kurangkan Beban Pesakit

KULIM – Pembinaan pusat kanser di Sungai Petani dalam Bajet 2018 jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam mengurangkan beban pesakit, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat Cina dan India negeri Datuk Dr Leong Yong Kong.

Beliau berkata ini kerana sebelum ini pesakit perlu menampung kos lebih tinggi untuk pergi ke hospital yang terletak jauh untuk rawatan.

Beliau berkata pengumuman projek naik taraf perkhidmatan kardiologi dan kardiotorasik di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dalam bajet itu juga akan membolehkan Kedah muncul sebagai hab kesihatan di utara tanah air.

“Ia satu keputusan yang tepat memandangkan pusat kanser yang lengkap dan mempunyai serta pakar yang ramai amat diperlukan disebabkan kadar pesakit kanser yang semakin meningkat.

“Dengan adanya pusat ini yang bakal dibina dengan kos peruntukan RM500 juta dengan kapasiti 200 buah katil, ini akan meningkatkan peluang pemulihan manakala pesakit pula tidak terbeban dengan kos rawatan,” katanya ketika di temui pemberita di majlis sambutan Perayaan Deepavali Perpaduan di sini, malam tadi.


Bagi projek naik taraf prasarana di HSB, beliau yakin pusat jantung itu nanti akan menawarkan rawatan jantung terbaik selain dapat menampung pesakit yang lebih ramai. – BERNAMA

Kategori