Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemuda UMNO Gesa Ahmad...

KUALA LUMPUR — Pemuda UMNO hari ini menggesa presiden parti Datuk Seri Dr....

AMK Bantah Kaedah Pengapungan...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menghasut orang ramai supaya membantah keputusan...

Fasa Kedua PPPM Tumpu...

SEREMBAN – Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang memasuki fasa kedua tahun ini...

Angin Kencang Di Beberapa...

KUALA LUMPUR - Keadaan angin kencang Timur Laut yang melanda kawasan perairan Kelantan,...

Prospek Prestasi Ekonomi Global Kekal Berangsang

KUALA LUMPUR – Prospek prestasi ekonomi global dijangka kekal memberangsangkan pada 2017 dan 2018 dipacu oleh pertumbuhan ekonomi maju serta negara berkembang pesat dan negara membangun (EMDE).

Menurut Laporan Ekonomi 2017/2018 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, pertumbuhan negara maju disokong oleh pengembangan ekonomi Amerika Syarikat, kawasan euro dan Jepun, berikutan peningkatan pelaburan dan eksport.

“Sementara itu, pertumbuhan dalam kalangan EMDE semakin teguh didorong oleh pengukuhan harga komoditi, pemulihan aktiviti perindustrian dan peningkatan pelaburan dan keyakinan pasaran,” menurut laporan itu.

Momentum pertumbuhan ekonomi global juga telah mula menunjukkan peningkatan dengan ekonomi dunia diunjur berkembang 3.6 peratus pada 2017 kepada 3.7 peratus pada 2018 (2016: 3.2 peratus ).

Pertumbuhan perdagangan global juga dijangka berkembang lebih kukuh sebanyak 4.2 peratus tahun ini dan 4.0 peratus pada 2018 (2016: 2.4 peratus) disokong aktiviti pelaburan dan perindustrian yang lebih tinggi, menurut laporan itu.

Laporan itu berkata selepas dua tahun mengalami penurunan ketara, pertumbuhan perdagangan global mula mengukuh sejak pertengahan 2016 dan dijangka mengatasi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Perdagangan global dijangka lebih pesat pada 2017 disokong pertambahan permintaan import daripada ekonomi maju utama serta peningkatan aktiviti perdagangan di China.

“Ia sebahagiannya disokong oleh peningkatan perbelanjaan modal dalam kalangan negara maju memandangkan pelaburan adalah berintensifkan import.


“Sementara itu, perbelanjaan eksport dan infrastruktur lebih tinggi di China telah meningkatkan permintaan input perantaraan, seterusnya memberi manfaat kepada negara pengekport bahan mentah dan komoditi perindustrian,” menurut laporan itu.

Di samping itu, persekitaran kewangan antarabangsa terus stabil manakala inflasi kian meningkat disebabkan harga komoditi yang lebih tinggi.

Harga minyak telah mengukuh disokong oleh aktiviti yang mapan dan jangkaan permintaan global yang lebih rancak serta sekatan bekalan minyak yang dipersetujui, menurut laporan itu.

Memetik Bank Dunia, laporan itu berkata, harga minyak dijangka meningkat 23.8 peratus untuk mencecah purata US$53 setong dan terus mengukuh 5.7 peratus kepada US$56 setong tahun depan.

Walaupun ekonomi global sedang melalui proses pemulihan serentak seperti dicerminkan oleh data ekonomi terpilih yang tinggi sejak beberapa tahun, namun masih terdapat risiko kepada pertumbuhan, menurut laporan tersebut.

Risiko itu termasuk peningkatan dasar perlindungan, ketidaktentuan dasar dalam kalangan negara maju utama, pertumbuhan produktiviti yang perlahan dan ketegangan geopolitik dalam beberapa EMDE.

“Bagaimanapun, pengembangan dasar fiskal dalam kalangan ekonomi utama dijangka menjadi pencetus kepada pertumbuhan global,” menurut laporan itu. – BERNAMA

Kategori