Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Teruk Tertekan, Nana Kena...

KUALA LUMPUR - Penyanyi, pelakon dan hos popular, Siti Nordiana Alias mengakui pernah...

Gempar! Mayat Lelaki Ditemui...

Mayat seorang lelaki mengemparkan penduduk Taman Pantai Damai, Manjung, Perak petang semalam apabila...

Gal Gadot Punca Lubnan...

LUBNAN secara rasminya mengharamkan penyiaran filem blockbuster Hollywood Wonder Woman kerana pelakon utamanya...

Tak Akan Dedah Nama...

JOHOR BAHRU - Senarai nama anggota dan pegawai polis didakwa bersekongkol dengan kumpulan...

Proton Iriz Terima Anugerah Kereta Kompak Terbaik

KUALA LUMPUR – Proton Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (Proton) menerima satu lagi pengiktirafan bagi model kereta Proton Iriz apabila muncul sebagai Kereta Kompak Terbaik pada Anugerah Pilihan Pengarang Carsifu 2017.

Sejak pertama kali diperkenalkan di pasaran pada September 2014, lebih 45,616 unit Proton Iriz dijual, sekali gus menjadikannya antara model Proton paling popular, menurut kenyataan Proton Holdings Bhd. hari ini.

Iriz juga memenangi pelbagai anugerah termasuk Kereta Kompak Tahunan dan Pilihan Rakyat ​​​​​​​pada Anugerah Kereta Tahunan 2014 NST di samping Reka Bentuk Perindustrian Terbaik 2015 oleh Perbadanan Harta Intelek.

Model itu juga muncul Kereta 5-Bintang ASEAN NCAP (Program Penilaian Kereta Baharu) Paling Mampu Milik di Malaysia pada Anugerah Grand Prix ASEAN NCAP 2016 serta Kereta Bajet Terbaik di Anugerah Tahunan Kereta ASEAN 2016.

Sementara itu, sepanjang Oktober 2017, Proton memperluaskan Kempen 5-Nilai Hebat yang menawarkan servis percuma selama lima tahun atau 100,000 kilometer (yang mana terdahulu) termasuk alat​​​​​​​ganti, minyak enjin dan kos pekerja.


Selain itu ia juga memberi jaminan lima tahun atau 150,000 kilometer (mana-mana yang terdahulu) serta model Proton terpilih yang memiliki penarafan keselamatan lima bintang oleh ASEAN NCAP. – BERNAMA

Kategori