Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Banjir: Bantuan Wang Hampir...

KOTA KINABALU - Sejumlah hampir RM1 juta yang berjaya dikutip akan diagihkan kepada...

Mohd Khalil Nasihat Adly...

MELAKA - Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob menasihatkan Ketua...

Gambar: Penjawat Awam Wanita...

BEBERAPA keping gambar menunjukkan seorang wanita berlumuran darah, viral di media sosial sejak...

Anak Ke-14 Juga Lelaki...

TIGA belas anak lelaki dan kini pasangan suami isteri ini mempunyai anak yang...

BN Saring Senarai Nama Pastikan Calon Bersih

PASIR SALAK – Keengganan pembangkang untuk menyerahkan senarai calon pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk saringan memberi kelebihan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Anggota Majlis Tertinggi UMNO merangkap Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata UMNO serta BN sentiasa mahukan calon yang bersih bertanding dalam PRU14 dan kerana itu senarai nama telah diberikan untuk disaring lebih awal.

Beliau berkata tindakan itu dibuat bagi mengelak masalah lebih besar berlaku selepas pilihan raya berlangsung sekiranya calon terlibat gagal dalam saringan SPRM.

“Langkah awal ini diambil bagi memastikan apabila calon-calon yang menang PRU14 kelak akan memberi tumpuan sepenuhnya ketika berkhidmat kepada rakyat yang mengundi mereka.

“Tiada gunanya jika calon itu menang tetapi mempunyai masalah apabila disaring SPRM selepas pilihan raya dan ini akan menjejaskan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan anggota parlimen dan sumbangan Majlis Pembangunan Parlimen Pasir Salak kepada kira-kira 100 orang pemuda dalam kawasan parlimen tersebut.


“Mereka (pembangkang) nak bagi senarai atau tidak buatlah apa yang mereka suka, tetapi jika berlaku masalah kelak tanggung la sendiri.

“Kita (UMNO dan BN) tidak bimbang kerana kita sudah hantar senarai nama dan mungkin ini satu kelebihan kepada kita untuk jangka masa panjang,” katanya. – BERNAMA

Kategori