Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Aktivis Melayu Liberal Ini...

SELEPAS seorang aktres propembangkang yang cetus kontroversi kerana memuat naik kenyataan seperti membela...

Gunung Anak Krakatau Meletus...

SUMATERA : Gunung Anak Krakatau di Kabupaten Lampung Selatan meletus sebanyak sembilan kali...

SPNB Terima 81,206 Permohonan...

MERSING - Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) telah menerima sebanyak 81,206 permohonan Rumah...

Bekas Pengurus Didakwa Tipu...

PETALING JAYA - Bekas pengurus syarikat haiwan peliharaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

PST Perkasa Khidmat Kaunseling Semasa Krisis

KUANTAN – Keperluan perkhidmatan kaunseling dan psikologi ketika krisis atau bencana diperkasakan dengan penubuhan Psychological Support Team (PST) atau pasukan Sokongan Psikologi peringkat negeri Pahang.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata setakat ini, 154 kaunselor dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi seperti Jabatan Pendidikan, Unit Psikologi Setiausaha Kerajaan Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara telah mendaftar sebagai anggota PST.

“Kita menjangkakan pertambahan anggota PST sehingga hujung tahun ini kerana Pahang memerlukan kira-kira 1,000 kaunselor yang dapat memberi khidmat ketika berlakunya bencana di negeri ini seperti banjir.

“Mereka akan ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir mengikut arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan PST Pahang di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengarah JKM negeri Zulkhairi Zainol Abidin.

Muhammad Saffian berkata PST merupakan inisiatif pertama seumpamanya dan diharapkan akan menjadi contoh kepada negeri lain dalam mempelbagaikan bentuk bantuan kepada masyarakat semasa ditimpa musibah.


Beliau juga berterima kasih kepada penyertaan segelintir penuntut universiti dan kolej di sekitar negeri ini dan berharap lebih banyak penyertaan diterima daripada golongan muda.

“Ini sejajar dengan konsep membudayakan kaunseling yang diterapkan terutamanya dalam kalangan generasi muda yang mampu menyumbang tenaga dan idea segar mereka, selain semangat kesukarelaan itu sendiri perlu diperluaskan,” katanya. – BERNAMA

Kategori