Thursday, January 9, 2025

Creating liberating content

10 Juta Orang Dijangka...

PARIS – Kanser akan membunuh hampir 10 juta orang pada tahun ini, kata...

Lebih Banyak ‘Baby Hatch’...

KUALA LUMPUR: Yayasan OrphanCare akan bekerjasama dengan KPJ Healthcare Berhad (KPJ) bagi menyediakan...

Indeks Pengeluaran Perindustrian Naik...

KUALA LUMPUR – Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) negara meningkat sebanyak 4.6 peratus pada...

3 Maut, Militan Serang...

SRINAGAR - Serangan militan ke atas konvoi tentera di Kashmir pada Sabtu, membunuh...

Putera Mateen Lebih Jadi Fokus Jubli Emas Sultan

BANDAR SERI BEGAWAN – Ketika ini rakyat Brunei masih dilanda ‘kegembiraan’ sambutan 50 tahun Sultan Hassanal Bolkiah sejak Khamis dirayakan secara besar-besaran di seluruh negara.

Kemeriahannya bukan sahaja amat dirasai penduduk tempatan, malahan warga asing termasuk pelancong yang berada di Brunei selain mendapat liputan luas media antarabangsa terutama dari negera-negara jiran serantau.

Namun di sebalik suasana keceriaan berkenaan, muncul satu perkara yang kemudian turut menarik perhatian ramai terutama gadis remaja ketika acara perarakan baginda dan isteri berlangsung di sekitar pusat bandar kelmarin.

Itulah susuk pemuda mengenakan pakaian kebesaran diraja berwarna kuning. Siapa lagi jika bukan Putera Abdul Mateen Bolkiah. Wajahnya yang tampan menyebabkan baginda lebih menjadi tumpuan khususnya netizen wanita.

Baca: Jubli Emas Sultan Brunei Meriah, Potret Ratu Dipamer

Dilahirkan pada 10 Ogos 1991, baginda merupakan anakanda ke-10 Sultan Hassanal Bolkiah daripada isteri kedua, Hajah Mariam. Baginda mula menjadi tumpuan ketika Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 sekitar Ogos lalu.

Populariti graduan sarjana Pengajian Diplomasi Antarabangsa di Universiti London itu ‘naik’ sewaktu mewakili skuad polo berkuda Brunei pada temasya dwitahunan serantau tersebut sehingga penuh venue acara berkenaan.

Berdasarkan maklumat daripada akaun Instagramnya, baginda yang akrab disapa sebagai Mateen memang gemar sukan elit itu. Dengan tubuh tegap, Mateen agak sasa ketika duduk di atas kuda sambil memegang tongkat polo.

Kecintaan terhadap dunia sukan menyaksikan baginda juga menjadi pemain bola sepak dalam kelab tempatan AM Gunners. Putera berusia 26 tahun itu malah aktif bermain badminton selain mampu menyelam sedalam 18 meter.


Honoured to be part of this historic event with you all #goldenjubilee

A post shared by Mateen (@tmski) on

Kemunculan Mateen di khalayak awam sempena perayaan Jubli Emas meraikan ayahandanya menaiki takhta turut mencetuskan sensasi dalam kalangan netizen setelah putera itu memuat naik foto menerusi Instagram miliknya.

Tidak hairanlah status baginda menerima sambutan luar biasa daripada pengguna media sosial dari seluruh dunia apabila menerima lebih 120,000 tanda suka dan kira-kira 2,000 komen daripada netizen yang majoritinya wanita.

“Handsomenyaaa princeee,” tulis pengguna dengan nama armnda04 manakala netizen dikenali sebagai noophytay-nopay menggambarkan baginda persis aktor kacak Korea dengan menukil coretan: “nih kaya di drama Korea ya.”

Sarahauliyah pula menulis: “Give me time to think about the most beautiful words for u, just for u,” sementara shirin_banuu mencatatkan komen: “OMG looking at ur smile in the morning made my day.”

Ada puji penampilan Mateen segak tampan antaranya sakura.bn: “All the princes. looked tough and handsome with the suit songket. Jadi model with the color new design. I can see yellow lebih menyerlah.” – Mynewshub.cc/HAA

Kategori