Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Helikopter Bomba Terbangkan Pelajar...

LIPIS: Helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Pengkalan Udara,...

Ada Kekhilafan ‘Abang Botak’...

KUALA LUMPUR – Beberapa pihak mendakwa terdapat kekhilafan pada keputusan Majistret Nur Shahira...

SKMM Pastikan Pengurangan Kadar...

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memastikan pengurangan kadar selular...

Tangisan Buruh Indonesia Dari...

DIKURUNG hampir tiga tahun dan dijadikan buruh paksa tanpa gaji. Itulah nasib sembilan wanita...

Rakyat Malaysia Doakan Kejayaan TPM Di Cox Bazar

KUALA LUMPUR – “Semoga pemergian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke Bangladesh beroleh kejayaan,” kata Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia (Merhrom), Zafar Ahmad Abdul Ghani.

Malah, kata beliau, kunjungan Timbalan Perdana Menteri ke kem pelarian Rohingya di Cox Bazar dalam rangka lawatan bertemu Perdana Menteri Bangladesh H.E. Sheikh Hasina diiringi doa seluruh rakyat Malaysia.

“Merhrom dengan penuh harapan lawatan ini membawa berita gembira kepada pelarian Rohingya di coxbazar khususnya dan seluruh etnik Rohingya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Zafar Ahmad berkata, Merhrom berharap Timbalan Perdana Menteri menyampaikan kepada Perdana menteri Bangladesh, H.E. Sheikh Hasina supaya membuka semula pintu sempadan serta membenarkan kemasukan lebih ramai pelarian demi mencari perlindungan atas dasar kemanusian sejagat.

“Sekiranya kerajaan Bangladesh hendak melakukan penghantaran pulang pelarian Rohingya ke Myanmar syarat-syarat haruslah dipenuhi demi menjamin keselamatan pelarian Rohingya,” katanya lagi.


Ahmad Zahid dijadualkan ke Cox Bazar bagi menilai situasi pelarian Rohingya pada lawatan kerjanya ke Bangladesh bermula hari ini selain menghadiri mesyuarat dua hala dengan kerajaan Bangladesh.

Ia mencerminkan kebimbangan dan keseriusan Malaysia berhubung isu pelarian etnik Rohingya yang menjadi mangsa kezaliman di Myanmar. – MYNEWSHUB.CC

Kategori