Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Stevia Pemanis Atau Racun?...

Bukti terbaru menunjukkan Stevia diproses dengan 'methyl-alcohol' dan bahan toksik lain.

Dok Pengecasan Anti Masalah...

JUMLAH peranti pintar yang dimiliki bagi setiap individu adalah jauh berbeza berbanding dahulu.Di...

Kes Harian Meningkat, Rt...

KUALA LUMPUR : Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 terus melonjak pada...

SPRM Siasat Airbus, AirAsia...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sudah menjalankan siasatan berhubung...

RAM Sah Penarafan ‘AAA’ Terbitan Sukuk Khazanah

KUALA LUMPUR – RAM Rating Services Bhd mengesahkan penarafan ‘AAA/stabil’ ke atas Program Nota Jangka Sederhana (MTN) Islam RM7 bilion Rantau Abang Capital Bhd, Program Sekuriti Islam Pelbagai Mata Wang RM20 bilion Danga Capital Bhd dan Program Ihsan Sukuk RM1 bilion Ihsan Sukuk Bhd.

Dalam kenyataan di sini, agensi penarafan itu berkata, Rantau Abang Capital, Danga Capital dan Ihsan Sukuk, saluran pembiayaan Khazanah Nasional Bhd, diwujudkan bagi tujuan memudahkan terbitan sekuriti Islam.

Katanya penarafan yang dipertingkatkan akan mencerminkan kepercayaan kredit Khazanah.

“Kami melihat Khazanah mempunyai kepentingan kepada kerajaan Malaysia, berdasarkan peranannya yang strategik dalam ekonomi negara dengan pegangan sahamnya dalam syarikat penting kepada negara.

“Selain hubungan langsungnya kepada kerajaan Malaysia dengan pemilikan penuh kerajaan dan melalui wakil lembaga pengarahnya, kami turut melihat Khazanah sebagai lanjutan daripada kerajaan Malaysia dan menyamakan penarafan syarikat kepada kerajaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori