Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Jurutera Dedah Isu Tayar...

KANTOI... Satu pengajaran daripada kisah tular tohmahan tokoh pembangkang, Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Tipu Kekasih, Bermesra Dengan...

MACAM-MACAM perkara dilakukan oleh mereka yang curang. Ini yang berlaku kepada seorang lelaki...

“Tiada Sebab PAS Keluar...

KUALA LUMPUR - "Tidak ada sebab kenapa PAS perlu keluar daripada kerajaan di...

Dagangan Malaysia Berkembang Sederhana

KUALA LUMPUR - Dagangan Malaysia dijangka meneruskan momentum pertumbuhannya, namun pada tahap sederhana...

Ramai Graduan Universiti Bersedia ‘Kerja Kilang’?

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) membantah permohonan pihak industri supaya kerajaan membenarkan mereka menggunakan 100 peratus pekerja asing di bahagian pengeluaran di kilang masing-masing.

Menurut Pengarah Strateginya, Akmal Nasir, permohonan itu amat membimbangkan kerana pekerjaan sebagai operator pengeluaran di kilang-kilang sepatutnya diutamakan untuk graduan universiti tempatan yang masih belum bekerja.

“Kenapa pekerja asing harus diutamakan? Kerajaan jangan beri alasan graduan tidak mahu bekerja bidang seperti itu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Akmal mahu kerajaan mengutamakan kepentingan rakyat ini dengan mengutamakan graduan universiti tempatan untuk bekerja di bahagian pengeluaran di kilang-kilang.

“Janganlah seperti ‘kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan’,” katanya.


Media pada 10 Oktober lalu melaporkan kerajaan bersedia mempertimbangkan penggunaan 100 peratus pekerja asing untuk bahagian pengeluaran sesebuah kilang.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dipetik berkata, bagaimanapun, pertimbangan itu untuk syarikat yang terlibat dengan eksport sahaja kerana permintaan kepada produk yang semakin tinggi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori