Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bas Terbabas Masuk Longkang,...

SERAMAI 45 penumpang bas ekspres cedera manakala empat daripada parah selepas kenderaan yang...

‘Jam 8.30, Mereka Belum...

SEORANG lelaki bernama Kuan Chee Heng kini menjadi sebutan rakyat Malaysia selepas gambarnya...

Setahun Pakatan Harapan: Rakyat...

ALOR SETAR - Pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang memasuki tempoh setahun bukan sahaja...

Tiada Sejarah Vaksinasi Berisiko...

KUALA LUMPUR - Kadar jangkitan COVID-19 dalam kalangan individu tiada sejarah vaksinasi jauh...

Ramai Pemain Mahu Kekal Bersama Kedah – KFA

JITRA – Isu pembaharuan kontrak pemain Kedah dijangka selesai bulan ini atau selewat-lewatnya sebelum berakhir musim Liga Malaysia 2017, kata Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar.

Beliau berkata mesyuarat jawatankuasa tertinggi KFA akan diadakan dalam masa terdekat sebelum sebarang keputusan termasuk untuk sama ada menyambung atau menamatkan kontrak pemain atau jurulatih dibuat.

“KFA baru-baru ini sudah mengadakan perbincangan dengan pemain mengenai beberapa perkara yang perlu diperhalusi sebelum memperbaharui kontrak mereka.

“Cumanya mesyuarat jawatankuasa tertinggi ini yang akan menentukan apa-apa keputusan muktamad berkaitan dengan kontrak pemain dan jurulatih,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yakin semua pemain sedia ada akan kekal bersama Kedah dan menafikan khabar angin bahawa beberapa pemain utama akan berpindah ke pasukan lain.


“Melalui perbincangan awal dengan para pemain, mereka dilihat menunjukkan minat untuk kekal bersama Kedah,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KFA

Kategori