Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Penganggur Dipenjara Kerana Curi...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur terpaksa meringkuk di penjara selama tiga bulan 14...

“Kita Belum Menang” –...

KUALA LUMPUR - Kelonggaran merentas negeri yang dikuatkuasakan kerajaan sejak Isnin lalu menjadi titik...

Cubaan Daesh Serang Ambang...

KUALA LUMPUR - Pihak polis menggagalkan cubaan melancarkan serangan pada malam Ambang Merdeka...

MAHB Bayar Caj Servis...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) bagi pihak kerajaan telah mengemukakan...

Ramli MS Nafi ‘Jatuhkan’ Bintang AF Megastar

RAMAI yang mengharapkan kewujudan Konsert Akademi Fantasia (AF) Megastar mampu mengembalikan ‘demam’ dan gamit kenangan serta memori AF pada musim-musim yang lepas.

Kelainan pada program baharu ini menonjolkan sisi berbeza peserta-peserta yang semakin matang dalam persembahan yang ditunjukkan selepas tamatnya penglibatan masing-masing dalam AF.

Mustahil untuk sesebuah program realiti pertandingan nyanyian tidak mempunyai juri yang akan memberi komen serta kritikan terhadap mutu persembahan yang ditampilkan setiap peserta.

Antaranya Datuk Ramli MS selaku juri tetap program ini mengakui tanggungjawabnya adalah untuk membuka mata para peserta memandang ke hadapan dan sentiasa bersedia dalam bidang yang diceburi ini.

Ia sekali gus menafikan dakwaan liar yang menyatakan konon dirinya berada di kerusi juri setiap minggu itu untuk ‘menjatuhkan’ peserta-peserta ini.

“Sebenarnya saya jangka sesuatu yang lebih intelektual daripada bintang AF Megastar.

AF Megastar bukan tempat untuk saya ‘kondem’ tetapi bila saya komen itu saya cakap untuk masa depan mereka di masa dua tahun akan datang.

“Saya melihat daripada segi cara pemikiran mereka terhadap bidang seni yang diceburi itu.

“Mereka perlu tahu bagaimana hendak menjadikan karier nyanyian sebagai perniagaan,” katanya dipetik Astro Gempak.


Dalam pada itu, Ramli menyatakan yang setakat minggu lepas, prestasi dan kualiti persembahan yang ditonjolkan peserta yang masih bertanding dalam pertandingan ini adalah konsisten.

“Saya boleh kata semua menunjukkan prestasi yang konsisten dan bagus dari minggu ke minggu.

“Penyanyi yang cerdik dan berakal akan membuat mereka lebih bagus di atas pentas,” katanya lagi.

Konsert minggu lalu menyaksikan Sufi yang juga memenangi title ‘Star Of The Week’ untuk minggu itu terpaksa meninggalkan pentas berkenaan apabila mendapat markah keseluruhan paling rendah.

Manakala lapan lagi peserta yang berjaya ke konsert seterusnya ialah Amir, Amir Jahari, Bob, Idayu, Indah, Marsha, Shahir juga Syamel.

Konsert AF Megastar akan bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori