Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

5 Suspek Kes Tembak...

Kota Bharu - Lima suspek yang terbabit dalam kejadian tembak di Jalan Sri...

Putus Dengan Emma Maembong...

KUALA LUMPUR - Pelakon Zizan Razak meminta agar diberikan sedikit ruang untuk mengulas...

Bekas Jurujual Pepsi Cola...

LONDON - Seorang lelaki warga Britain yang tinggal di sebuah flat di Manchester...

PM Guna #TsunamiPHitnah Tempelak...

BIDAS... Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menempelak pembangkang yang...

Rapid KL Buat Perubahan Untuk 3 Laluan Bas Di Cheras

KUALA LUMPUR – Rapid Bus, operator perkhidmatan bas henti-henti Rapid KL, hari ini menjelaskan perubahan kecil tiga laluan di Cheras adalah bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna di Taman Desa Aman, Taman Gemilang dan Taman Mutiara tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Azam Omar berkata pelarasan laluan bas bernombor 400, 401 dan 450 berkenaan yang turut menjadikan Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara sebagai perhentiannya, telah bermula pada 22 Sept lalu berikutan pengguna mengadu sukar mendapat bas ke tiga laluan berkenaan.

“Secara peribadi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, saya bersedia untuk melakukan apa juga ‘tweaking’ dan meluaskan kawasan perkhidmatan untuk memuaskan kehendak para pelanggan.

“Namun, kami mempunyai kekangan sendiri termasuk laluan-laluan yang tidak sesuai untuk perjalanan yang lancar, bilangan dan kapten bas yang kami ada, dan kepentingan para operator lain,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata syarikat bas itu sentiasa bersikap terbuka dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna bas tetapi tertakluk juga kepada hasil perbincangan dengan pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang mempunyai kuasa mutlak untuk meluluskan apa juga perubahan seperti kawasan perkhidmatan dan tambahan laluan bas.


Media sebelum ini melaporkan penduduk di tiga kawasan perumahan di Cheras itu mendakwa sukar mendapatkan perkhidmatan bas awam berikutan stesen bas Taman Mutiara hanya beroperasi sebagai bas perantara MRT.

Mereka mendakwa bas Rapid KL yang sebelum ini berhenti di stesen itu, tidak lagi berbuat demikian selepas MRT Sungai Buloh-Kajang beroperasi sepenuhnya pada Julai lalu. – BERNAMA

Kategori