Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sazali Akan Hantar Rayuan...

KUALA LUMPUR - Jaguh bina badan negara, Sazali Samad bakal mengemukakan rayuan kedua...

Netizen Sebar Sijil Kahwin...

BELUM reda dengan video wanita yang dikenali sebagai Nadia Nordin memukul skandal suaminya,...

Lelaki 55 Tahun Dalang...

SEORANG lelaki berusia 55 tahun ditahan kerana disyakki menjadi dalang dalam letupan sebuah...

Kencing Atas Jalur Gemilang,...

NAMPAKNYA kita dilihat masih lagi terkejut dengan isu sedih yang menimpa Pusat Tahfiz...

Rasuah: 2 Anggota Kastam Perlis Didakwa

KANGAR – Dua pembantu penguat kuasa Kastam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan rasuah membabitkan nilai berjumlah RM3,000, tahun lepas.

Khairul Paizi Ahmad, 49, didakwa atas dua tuduhan meminta dan menerima suapan daripada seorang pemilik bot nelayan, Mohd Anizal Abdul Tasli, 46, manakala rakan setugas, Hizir Said, 43, didakwa bersubahat dalam urusan sama.

Khairul Paizi didakwa meminta suapan RM3,000 daripada Mohd Anizal melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai dorongan tidak membuat laporan kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis di Wisma Persekutuan di sini pada jam 12.06 tengah hari, 13 Jun, 2016.

Dia juga didakwa menerima wang tersebut daripada Mohd Anizal untuk tujuan sama di Taman Rekreasi Bukit Kubu di Kuala Perlis, pada jam 1.55 tengah hari, hari yang sama.

Bagi dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, laporan kepada LKIM itu mungkin boleh menyebabkan subsidi minyak diesel untuk bot menangkap ikan dihentikan dan lesen Vesel dan Peralatan Menangkap Ikan milik Mohd Anizal ditarik balik oleh LKIM.


Hizir pula didakwa mengikut Seksyen 28(1) Akta SPRM 2009 yang dibacakan bersama Seksyen 16(a)(b) dan Seksyen 24 akta sama yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, A.Hafiizh Abu Bakar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Rusita Md Lazim membenarkan Khairul Paizi diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin, manakala Hizir dibenar ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Nov ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori