Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Keadaan Kuil Sri Maha...

IPOH - Keadaan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights di...

Bencana Banjir: China Hulur...

ATAS dasar keprihatinan ekoran bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia,...

Big Bad Wolf 2014...

BERITA gembira buat anda si pencinta buku - karnival jualan buku terbesar Big...

2 Pemandu Maut Kereta...

DUA pemandu kereta maut dan seorang kanak-kanak cedera dalam kemalangan di Kilometer 12.3,...

Remaja Wanita Dituduh Membunuh Suami

MUAR – Seorang remaja wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh suaminya di Sungai Abong, di sini.

Tertuduh juvana yang berusia 17 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu hanya mengangguk kepala selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top, namun tiada pengakuan direkodkan.

Remaja terbabit didakwa membunuh suaminya yang berusia 28 tahun pada 14 Okt 2017 di sebuah rumah di Jalan Indah, Taman Permata Indah, Sungai Abong kira-kira 1.30 tengah hari.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika didapati bersalah.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Amalina Basirah menetapkan 23 Nov 2017 bagi sebutan semula kes bagi menunggu laporan psikiatri.


Mahkamah mengarahkan remaja itu menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai Johor Baharu mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah. – BERNAMA

Kategori