Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

HTC One M9 Dan...

LANJUTAN daripada pengumuman pihak Google berkaitan Android M, pihak HTC sekali lagi menjadi yang...

Ahmad Zahid Dilepaskan Tanpa...

Kuala Lumpur : Selepas 77 hari dibicarakan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi...

Pelik.. Ratusan Alat Seks...

PELIK.. ratusan alatan seks atau dildo dilihat tergantung di kabel elektrik di sepanjang...

AS Tamat Kerjasama Dengan...

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) menamatkan kerjasama dengan Bank Dandong dari China atas...

Revolusi Perlu Jadikan Rasuah Musuh Nombor Satu

KOTA KINABALU – Satu revolusi perlu dilakukan untuk menjadikan gejala rasuah sebagai musuh nombor satu negara.

Timbalan Pengarah (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Hasbillah Mohd Salleh menjelaskan kebanyakan masyarakat masih keliru dengan tafsiran menerima hadiah daripada individu atau golongan tertentu yang mempunyai kepentingan tersendiri.

“SPRM mahu mendidik masyarakat mengenai bahana rasuah mengikut peruntukan undang-undang.

“Perlakuan meminta atau menerima suapan, walaupun sedikit, akan merosakkan imej sendiri,” katanya pada majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) Sabah di sini hari ini.

Terdahulu, Pengarah JPAN Datuk Nordin Siman berkata penjawat awam negeri harus menanam sikap membenci dan menolak sebarang bentuk rasuah dan salah guna kuasa.


Beliau juga menasihatkan penjawat awam negeri supaya menjadikan kehendak agama dan undang-undang negara sebagai asas utama dalam memberikan perkhidmatan terbaik, telus dan berintegriti.

Nordin memimpin 140 kakitangan JPAN melafazkan ikrar itu disaksikan oleh Hasbillah. – BERNAMA

Kategori