SETIAP perkahwinan pastinya menantikan kehadiran cahaya mata yang ditunggu-tunggu. Lagi bertambah seronok bila rezeki sekaligus dapat baby kembar!
Tahniah diucapkan kepada model Muslimah dan personaliti tv, Farahanim Razak dan suaminya, Dr. Arif yang bakal menimang cahaya mata tak lama lagi.
Farahanim atau lebih mesra dipanggil Anim telah berkongsi detik kegembiraan dalam hidupnya pada Ahad yang lalu apabila dia disahkan hamil anak kembar!
Anim yang kini merupakan pengacara program santai pagi, Assalamualaikum terbitan TV AlHijrah telah melahirkan rasa syukur yang tak terhingga di atas anugerah yang telah diberikan oleh Allah SWT.
“Syukur Alhamdullilah di atas nikmat yang Allah berikan kepada Anim & Arif, terima kasih untuk doa-doa yang indah, ibu bapa dan insan insan tersayang disekeliling kami, sungguh rezeki Allah itu tidak diduga.
“Sepanjang 5 bulan ini, banyaknya pengalaman manis menjadi bakal ibu 🙂 banyaknya Arif juga bersabar dan berkorban untuk Anim.
“Diharapkan doa-doa dari anda sekalian agar twins kami sihat sempurna, soleh & solehah dan disayangi. Mommy daddy can’t wait to see you guys soon sayang! @aifden,” tulis Anim di ruangan caption gambar itu.
Anim, 25, telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Dr. Arif yang merupakan seorang doktor gigi pada 17 Mac yang lalu.
Perkahwinan itu telah diadakan di kediaman Anim iaitu di Felda Jengka, Pahang dan diikuti majlis resepsi sebelah lelaki di Kuala Selangor, Selangor.
Sebelum ni, Anim selalu post gambar dan video pasangan kembar dari luar negara ni. Sekali sekarang, rezeki Anim dapat baby kembar pula.
Si kembar tu pun bila tengok lama-lama, ada iras-iras muka Anim jugak. Macam ada mix Arab pula kan. Syukur Alhamdulillah di atas rezeki yang telah diberikan ni.
Semoga lepas ni Anim dapat menjaga kesihatan dan kandungannya. Mudah-mudahan dengan hadirnya si kecil tu nanti akan membawa kebahagianan yang berganda kepada Anim dan suami.
Nampaknya tahun ni banyak perkhabaran gembira yang kita dengar daripada pasangan selebriti tempatan kan. Tahniah sekali lagi kepada pasangan selebriti yang bakal menimang cahaya mata dan yang baru sahaja menyambut kelahiran anak mereka.
Mudah-mudahan mereka akan menjadi anak yang soleh dan solehah apabila besar nanti. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah