Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Sabotaj myIMMs; 5 Pegawai...

KUALA LUMPUR - Lima pegawai Jabatan Imigresen ditahan polis semalam kerana disyaki mensabotaj...

“Perjuangan 5 Tahun Yang...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhammad Muhamad Taib berkata pembangkang tidak peduli untuk...

Syura Nafi Buat Pembedahan...

PENYANYI Syura Badron menafikan dia ada melakukan pembedahan pada bibirnya seperti yang dilaporkan...

KL2017: Skuad Recurve Wanita...

KUALA LUMPUR - Skuad recurve wanita negara mendedikasikan pingat emas Sukan SEA yang...

RHB Research Jangka KDNK 2017 Tumbuh 5.3%

KUALA LUMPUR – RHB Research Institute menjangka keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebenar Malaysia tumbuh 5.3 peratus pada 2017, sebelum meningkat kepada 5.4 peratus pada 2018 daripada 4.2 peratus pada 2016.

Firma penyelidikan itu berkata unjuran itu disokong oleh peningkatan pesat aktiviti perindustrian apabila Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) terus meningkat sebanyak 6.8 peratus kepada 133.2 pada Ogos daripada 124.7 yang dicatatkan dalam bulan yang sama tahun lepas, berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan.

“Terdapat peningkatan dalam aktiviti perlombongan, manakala keluaran pembuatan kekal kukuh semasa bulan itu. Memandangkan aktiviti luaran dan perindustrian yang rancak, KDNK sebenar Malaysia mungkin akan mengejutkan kita dengan meningkat pada suku ketiga 2017,” kata firma itu dalam satu nota penyelidikan hari ini.

RHB Research berkata pertumbuhan kukuh pada 2018 dijangka disokong oleh peningkatan eksport, permintaan domestik dan kenaikan sederhana perbelanjaan awam dan pelaburan. – BERNAMA

Kategori