Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pintu Luas Pusat ‘Judi...

KUALA LUMPUR - Berselindung di sebalik kelab sukan dan restoran bagi mengaburi mata...

Video ‘British Accent’ Kena...

BARU sahaja selesai majlis pertunangannya bersama dengan pilihan hati pada awal bulan lalu,...

Juliana Evans Akui Sedang...

PELAKON Juliana Evans mengakui dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang jejaka berketurunan kerabat...

KJ Enggan Dedah Identiti...

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin enggan mendedahkan identiti atlet kebangsaan yang gagal...

RM2.18 Juta Disalurkan Melalui BEEP Di Pahang

KUANTAN – Sejumlah RM2.18 juta telah disalurkan oleh SME Corporation Malaysia kepada 15 syarikat melalui Program Peningkatan Keupayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana Bumiputera (BEEP) di Pahang setakat ini berbanding RM2 juta yang diperuntukkan untuk tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Pahang Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin berkata kerajaan persekutuan sentiasa bersedia menambah bantuan yang berbentuk geran itu dalam usaha untuk membantu melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera.

“Program BEEP ini merupakan antara usaha kerajaan untuk membantu usahawan bumiputera yang komited melalui perusahaan kecil dan sederhana dan mereka bukan sahaja mendapat bantuan pembiayaan, tetapi juga khidmat nasihat dan latihan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan geran BEEP berjumlah RM1.2 juga kepada 10 syarikat di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang di sini, hari ini.

Sementara itu, Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) yang dilaksanakan di negeri ini sejak 2014 telah berjaya melahirkan 112 usahawan belia bumiputera yang menawarkan 245 peluang pekerjaan dan jualan terkumpul RM5.3 juta. – BERNAMA

Kategori