Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Seolah-Olah Islam Terbenih Daripada...

KUALA LUMPUR - Ramai pendakwah agama hari ini berdakwah tanpa guru untuk menasihati...

Sasar Tingkat 40 Peratus...

Kota Kinabalu : Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan penjanaan tenaga hijau atau Tenaga Boleh...

Muat Turun Borang Permit...

KUALA LUMPUR - Borang permohonan permit pergerakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dilaksanakan Perintah Kawalan...

KPM Perkasa Latihan Amali...

NILAI - Kementerian Pendidikan akan memperkasakan latihan amali di makmal sains sekolah di...

RM5.779 Bilion Wang Tak Dituntut

PUTRAJAYA – Anda memiliki bank akaun yang sudah dilupakan? Atau deposit tetap yang sudah matang dengan arahan pembaharuan automatik yang tidak pernah anda semak untuk tempoh yang lama?

Kemungkinan dana tersebut diklasifikasikan sebagai wang tak dituntut (WTD) dan berada dalam simpanan Jabatan Akauntan Negara sebagai pemegang amanah.

Setakat Jun lalu, jumlah WTD dianggarkan sebanyak RM5.779 bilion membabitkan lebih 55 juta akaun sejak 1977.

Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Lee Chee Leong menjelaskan akaun tidak aktif selama lebih tujuh tahun, baki di dalam akaun tersebut dianggap tidak dituntut sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Seksyen 8 Akta WTD 1965 dan hendaklah diserahkan kepada Pendaftar WTD.

Ini termasuk akaun seperti simpanan, semasa dan deposit tetap yang sudah matang dengan arahan pembaharuan secara automatik.

“Terdapat dua kategori lain: Pertama, wang yang kena dibayar kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh melebihi satu tahun seperti gaji, bonus, komisen kepada pekerja, dividen dan deposit tetap tanpa arahan pembaharuan automatik.

“Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh melebihi dua tahun seperti akaun hutang perdagangan dan akaun lain yang boleh diterima dengan baki kredit turut dianggap sebagai WTD.

“Dalam bahasa mudah, WTD adalah wang yang gagal diberikan kepada pemilik sebenarnya,” katanya kepada The Star.

Wang yang akan dikembalikan itu tiada penolakan tambahan daripada jumlah asal mengikut Seksyen 11 (3) Akta WTD 1965.


Sebagai contoh jika anda mempunyai jumlah WTD sebanyak RM100 kira-kira 20 tahun lalu, ia akan dikembalikan hari ini dengan jumlah yang sama.

Malah, beliau berkata tiada tarikh akhir untuk memeriksa dan menuntut wang tersebut.

“Jadi orang ramai tidak perlu panik kerana ia tidak perlu dilakukan dengan terburu-buru.

“Kerajaan juga membangunkan sistem dalam talian untuk memeriksa dan memohon WTD. Ia akan tersedia pada tahun depan,” katanya.

Jumlah terbesar yang pernah dikembalikan kepada individu adalah hampir RM6 juta (individu mempunyai beberapa akaun) manakala jumlah kecil adalah sebanyak 39 sen.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.anm.gov.my. – The Star Online/mStar Online

Kategori