Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Beg Beroda Bakal Diharamkan...

VENICE ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Sejak bertahun-tahun, Venice terpaksa bergelut dengan peningkatan paras air yang boleh...

60 Pelajar Tahfiz Hilang...

SHAH ALAM - Seramai 60 pelajar Maahad Tahfiz Darul Itqan Al-Muhammadi hilang tempat...

PM: 94,956 Peneroka Felda...

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian insentif...

Pekerja Syarikat Logam Didakwa...

MELAKA - Seorang pekerja syarikat logam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Rogol: Jurulatih Digantung, Atlet Dikecuali Program

KUALA LUMPUR – Jurulatih yang didakwa merogol seorang atlet penerjun wanita digantung tugas manakala atlet terbabit pula dikecualikan daripada mengikuti sebarang program skuad kebangsaan sehingga kes itu selesai.

Presiden Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Datuk Seri Shahidan Kassim berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat tertutup antara ASUM dan Majlis Sukan Negara hari ini.

ā€œASUM tidak boleh mengulas lanjut kerana boleh mengganggu siasatan polis. ASUM bersetuju dengan penggantungan tersebut,ā€ katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Pada 1 Oktober lalu, satu laporan polis dibuat terhadap jurulatih warga China berusia 35 tahun tersebut yang didakwa merogol seorang atlet penerjun wanita dalam kejadian 26 September di Kompleks Sukan Bukit Jalil, di sini.

Jurulatih itu ditangkap pada 2 Oktober dan kes disiasat menurut Seksyen 376 Kanun Keseksaaan. Lelaki itu kemudian ditahan reman selama lima hari sehingga hari ini sebelum dilanjutkan lagi sehingga 11 Oktober ini.

Menurut Shahidan mesyuarat selama dua jam itu turut membincangkan perkembangan seorang atlet terjun yang juga pemegang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang dilaporkan gagal ujian doping.


Keputusan awal ujian doping tersebut mendapati atlet terbabit mengambil bahan terlarang jenis sibutramine yang kebiasaannya terdapat dalam produk pelangsingan badan.

ā€œSebarang nama dan pengenalan atlet tersebut pihak ASUM tidak dapat dedahkan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA),ā€ katanya. – BERNAMA

Kategori