Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

IMF Lulus Pelepasan Hutang...

WASHINGTON - Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), hari ini, mengumumkan pelepasan bayaran pinjaman selama...

Ada 23 Negara Tiada...

ANEH dan mungkin lucu, namun itulah realiti daripada lebih 200 buah negara dan...

Video: Warga Emas Diragut...

KEJAM dan langsung tidak berperikemanusiaan.Seorang warga emas berhadapan dengan situasi paling getir dalam...

Pemimpin GPS Selesai Menghadap...

KUCHING - Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg mengemukakan tiga faktor...

Rumah Pesuruhjaya PAS Sarawak Terbakar

MIRI – Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee, 50, melecur pada kedua-dua kakinya dalam kebakaran yang berlaku di kediaman dua tingkatnya di Kampung Luak Bay 1 pagi tadi.

Beliau yang sedang menerima rawatan di Hospital Miri berkata kecederaan berlaku semasa cuba menyelamatkan bapanya, ​Jaraiee Marhaban, 80-an, yang uzur kerana sakit tua terperangkap di dalam bilik atas.

“Ketika kejadian berlaku, saya berada di tingkat bawah dan apabila diberitahu anak serta isteri bapa terperangkap di bilik tidur atas, saya terus berlari ke atas dan menendang pintu untuk menyelamatkannya,” katanya kepada Bernama hari ini.

Bagaimanapun bapanya berjaya dibawa keluar dari rumah namun masih menerima rawatan di hospital sama kerana banyak terhidu asap dan melecur.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, ketika kejadian terdapat tujuh penghuni iaitu tiga dewasa dan empat kanak-kanak tinggal di dalam rumah itu.


Pihak bomba menerima panggilan pada 1 pagi dan tiba ke lokasi kejadian pada 1.07 dan operasi tamat sepenuhnya 45 minit kemudian.

Beliau berkata, punca kebakaran rumah tersebut masih dalam siasatan. – BERNAMA

Kategori