Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Risau Pergaulan Anak, Rita...

BAGAIKAN sudah menjadi trend masa kini bagi golongan selebriti untuk membuka akaun laman...

Ukiran Unik Mimbar 211...

KUALA TERENGGANU - Terletak kira-kira enam kilometer dari pusat bandar raya Kuala Terengganu,...

Ulama Tersohor Meninggal Dunia

SEREMBAN - Murshid Tarbiah Ruhiyyah, Tarekat dan Tasawwuf Ahmadiah Idrisiyyah, Syeikh Mohd Paiz...

Empat Beranak Termasuk Bayi...

KOTA TINGGI: Bayi tujuh bulan antara empat beranak maut apabila motosikal ditunggang mereka...

RUU355: Mohon Batal Saman Mohamed Tawfik

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Setiausaha Dewan Rakyat Roosme Hamzah memohon untuk membatalkan saman pemula yang difailkan bekas Anggota Parlimen Sungai Benut, Mohamed Tawfik Tun Dr. Ismail berhubung Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 atau RUU 355.

Pandikar Amin dan Roosme selaku defendan dalam kes berkenaan memfailkan permohonan itu dua bulan lepas atas alasan saman itu adalah remeh, menyusahkan dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan berkata permohonan itu bersandarkan Perkara 62(1) dan 63(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut kesahan apa-apa prosiding di dalam mana-mana persidangan Parlimen atau dalam mana-mana jawatankuasanya tidak boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas kes itu disebut di dalam kamar Hakim Datuk Wira Kamaludin Md Said, yang turut dihadiri peguam Mansoor Saat mewakili Mohamed Tawfik.

Mahkamah menetapkan 11 Jan 2018, untuk pendengaran permohonan itu.

Pada 31 Mac 2017, Mohamed Tawfik selaku plaintif memfailkan saman pemula bagi memohon deklarasi bahawa usul oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah usul yang tidak mematuhi keperluan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat memandangkan ia tidak disertakan dengan salinan RUU 355 serta huraian mengenai tujuan dan sebabnya dan ia perlu ditolak oleh Setiausaha Dewan Rakyat.

Beliau juga memohon deklarasi bahawa tiada kebenaran diperoleh daripada Majlis Raja-Raja bagi RUU 355 atau sebarang pindaan yang dicadangkan melalui usul Abdul Hadi itu.


Mohamed Tawfik juga mendakwa RUU 355 adalah bertentangan dengan Perlembagaan dan pindaan yang dicadangkan Abdul Hadi tidak boleh dibenarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk dibentangkan di Dewan Rakyat menurut Aturan 49 dan/atau Aturan 48 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat tanpa kebenaran Majlis Raja-Raja.

Beliau turut memohon perintah untuk mengetepikan tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang didakwa bertindak secara salah membenarkan usul Abdul Hadi berkenaan RUU 355 untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Dewan Rakyat bagi sesi kelima Parlimen ke-13, sedangkan usul itu tidak mematuhi keperluan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan tiada kebenaran telah diperoleh daripada Majlis Raja-Raja.

Permohonan itu dikemukakan atas alasan Yang Dipertua Dewan Rakyat telah melanggar Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan ia adalah satu penghinaan terhadap institusi Majlis Raja-Raja jika membenarkan usul Abdul Hadi tanpa dirujuk dan dirunding dengan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu. – BERNAMA

Kategori