Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Belanjawan 2023: RM2.7 Billion...

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyalurkan menyediakan RM2.7 bilion untuk menyelenggarakan dan menaik taraf jalan...

Bidang Pendidikan Diberi Peruntukan...

TAPAH - Kerajaan negeri Perak akan menyediakan peruntukan yang besar dalam bidang pendidikan...

Sistem Pengesan Bawah Air,...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengukuhkan kawalan di perairan Sabah dengan...

Operasi Mencari Pelancong Hilang...

KUANTAN - Polis masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat seorang pelancong warganegara Perancis,...

“Ryanair Perlukan Bantuan Saya” – Peter Bellew

KUALA LUMPUR – “Orang selalu bertanya kepada saya bagaimana saya menangani campur tangan kerajaan. Tiada langsung. Sifar campurtangan.”

Demikian kenyataan tidak rasmi yang dipercayai dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines (MAS), Peter Bellew kepada media Malaysia melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

Jelas Bellew, beliau meninggalkan MAS bukan kerana campur tangan kerajaan Malaysia, tetapi kerana ingin kembali ke Ireland bagi melaksanakan tanggungjawab kepada negaranya dengan membantu syarikat penerbangan Ryanair.

Malah, kata beliau, Khazanah selaku syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sentiasa memberi sokongan luar biasa kepada beliau sepanjang mengendalikan MAS dan kerjasama itu berjalan dengan sangat baik.

“Jadi kenapa saya pergi. Negaraku. Cinta untuk negara menarik saya kembali ke Ireland. Saya mendapat panggilan daripada Ryanair dua minggu lalu untuk memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi (COO), Ia adalah syarikat terbesar di Ireland. Mereka memerlukan bantuan saya dan sedang berhadapan cabaran besar. Ia adalah satu bentuk ‘national service’.

“Apabila saya ditanya pada 27 September lalu adakah saya akan pergi ke Ryanair saya berkata tidak. Tetapi seminggu kemudian panggilan itu datang lagi dan dalam kehidupan ini kita tidak boleh mengatakan tidak. Saya tidak sabar-sabar untuk kembali rapat dengan keluarga dan rakan-rakan di Ireland,” katanya.

Bellew dalam pada itu mengakui tindakannya meninggalkan MAS secara tiba-tiba mungkin menimbulkan kemarahan Khazanah, bagaimanapun beliau sangat berterima kasih kepada Khazanah kerana mempercepatkan program transformasi MAS.

Terdahulu, beliau menegaskan MAS adalah adalah istimewa kerana ia bukan sekadar sebuah syarikat penerbangan. tetapi salah satu simbol paling awal di sebuah negara yang hebat dan kerja-kerja untuk mengembalikan kebangaannya bukan mudah.


Katanya, beliau meninggalkan MAS dalam keadaan syarikat penerbangan itu semakin menghampiri kejayaan kerana hanya memerlukan empat hingga lima peratus pendapatan bulanan lagi sebelum ia bertukar menjadi keuntungan.

Menurutnya, bukan mudah mencapai angka tersebut, tetapi pada suku kedua pendapatan MAS meningkat sebanyak tujuh peratus, malah produknya bertambah baik termasuk program baru, laman web baru dan operasi yang lebih baik di Kuala Lumpur.

“Masih ada kerja yang diperlukan untuk makanan! Banyak dilakukan maka lebih banyak yang perlu dilakukan,” katanya.

“Tolong jangan tukar jenama! Banyak kerja telah dilakukan secara global melalui media dan ejen pelancongan untuk membina semula warisan ini. Orang suka apa yang Malaysia Airlines (MAS) ada. Jenama MAS telah dihidupkan semula dari China ke UK dan ke Australia. Kerja itu mesti diteruskan dan akan menghasilkan pertumbuhan pendapatan lima peratus,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori