Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Guna Dron Kekang Kemasukan...

LANGKAWI -- Kerajaan diminta mewujudkan satu pangkalan khas dan menggunakan teknologi baharu seperti dron bagi tujuan pemantauan serta mengawasi kawasan perairan utara pulau bagi mengekang kemasukan pelarian etnik Rohingya.

Kutipan GST RM32.71 Bilion...

KUALA LUMPUR - Hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sehingga 31 Oktober...

Mahkamah: Cedera Guna Pedang...

KUALA LUMPUR - Dua lelaki yang berjiran hari ini didakwa di Mahkamah Majistret...

Empat Ditahan, Hampir 4KG...

KLUANG - Empat individu termasuk seorang wanita warga Vietnam dan seorang wanita tempatan...

Sabah Pantau Cuaca, Kerosakan Di Pantai Barat

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata kerajaan negeri memantau rapi keadaan cuaca yang semakin buruk dan kerosakan akibat tempias ribut tropika Lan di pantai barat Sabah.

Beliau berkata Jawatankuasa Bantuan Bencana Negeri dan jawatankuasa peringkat daerah telah diaktifkan untuk membantu mereka yang terjejas oleh ribut itu termasuk mangsa banjir di kawasan yang paling teruk terjejas.

“Ia merupakan satu daripada ribut paling kuat yang kita alami sejak sekian lama. Saya sedar banyak berlaku kerosakan akibat angin kencang itu termasuk atap diterbangkan dan pokok tumbang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihak berkuasa relevan di peringkat negeri dan persekutuan sedang memantau dan memberikan maklumat dan perkembangan terkini kepada orang ramai menerusi pelbagai saluran termasuk media sosial.

“Saya juga ingin mengingatkan orang ramai terutamanya kanak-kanak untuk mengelak berada di luar rumah semasa berlaku angin kencang dan untuk mendengar, jika ada sebarang arahan daripada pihak berkuasa untuk berpindah ke kawasan lebih selamat,” katanya. – BERNAMA

Kategori