Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

5 Ditahan Dipenjara, Selepas...

KUALA LUMPUR - Lima daripada 14 individu, yang didakwa terhadap pertuduhan mengembangkan kepercayaan...

Jaga Sensitiviti Mangsa Banjir,...

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia seharusnya menjaga sensitiviti mangsa banjir dan bukannya menyebarkan berita...

PKR Berpecah Kerana Jawatan...

PETALING JAYA - Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan menyuarakan kebimbangan terhadap perpecahan dalam...

Bangkai Lipas, Debu Bulan...

BOSTON, Massachusetts – Bangkai lipas dan debu Bulan yang diekstrak dari badan roket...

Sabah Tidak Akan Dilanda Taufan Lan

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) menafikan Sabah akan dilanda Taufan Lan seperti yang sedang disebarkan oleh orang ramai di media sosial.

MMD dalam satu kenyataan media berkata, Taufan Lan berada di timur Filipina ketika ini dijangkakan akan bergerak ke arah utara iaitu semakin menjauhi rantau negara ini.

“Kesan sampingan taufan ini telah menyebabkan cuaca lembap berserta angin kencang di barat dan utara Sabah serta Labuan mulai 17 Oktober dan dijangka berterusan sehingga 21 Oktober 2017,” kata kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu, MMD menasihati orang ramai supaya mendapatkan maklumat sahih dari laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, facebook: malaysiamet, twitter: @malaysianmet atau MetMalaysia Hotline di talian 1-300-22-1MET (1638) – MYNEWSHUB.CC

Kategori