Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

AmBank Didakwa Promosi Agenda...

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jaringan Melayu Malaysia, mendedahkan keterlibatan AmBank Malaysia Holdings...

Putera Charles, Camilla Tiba...

SEPANG – Putera Charles, Prince of Wales dan isteri baginda Camilla, Duchess of...

Hero Romi Cinta Julia...

Pelakon muda yang mula popular menerusi drama berjudul Romi Cinta Julia, Syarul Ridzwan...

Suami Isteri Maut, 2...

SEREMBAN - Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan...

Sah! Datuk Siti Nurhaliza Hamil 4 Bulan

KUALA LUMPUR – Sah! Penyanyi Nombor Satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin hamil.

Pengesahan itu dibuat di kediaman beliau di Ampang, Selangor malam tadi. Menurut Siti, kandungan beliau sudah berusia empat bulan.

Berita baik tersebut dikongsi oleh Siti selepas majlis kesyukuran dan doa selamat yang diadakan secara tertutup di kediamannya yang dikongsi bersama suami tersayang, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan beberapa orang anak mereka.

Sebelum itu, kira-kira jam 8.45 malam, Siti memuat naik entri di Instagram untuk memberitahu tentang pengumuman tersebut.

Menerusi sesi ‘live’ tersebut, beliau juga berkata yang beliau akan membantu wanita yang senasib dengan dirinya.

Siti juga berkata beliau akan berehat dari karier nyanyiannya walaupun ada beberapa komitmen yang perlu dipenuhi beliau.


Spekulasi sudah mula bertiup kencang sejak beberapa bulan lalu tentang beberapa persoalan terrmasuk perihal peribadi itu.

Siti mendirikan rumahtangga dengan usahawan, Khalid kira-kira 11 tahun lalu dalam satu acara gemilang yang diadakan di Kuala Lumpur. – Astro Awani

Kategori