Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Trump Kekal Pemimpin Paling...

DONALD Trump kekal sebagai pemimpin negara maju yang paling dibenci. Paling tidak bagi...

Pengantin Dirogol Suami Sekeluarga...

SEORANG wanita yang baru berkahwin mendakwa dirinya dirogol oleh suami dan saudara-maranya pada...

Cinta Sejenis Tak Direstui,...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berusia 45 tahun nyaris maut akibat ditikam di...

Pihak Keselamatan Thai Temui...

NARATHIWAT - Mayat seorang lelaki memakai pakaian seragam pasukan keselamatan ditemui dalam sebuah...

Saham FGV Ditutup 2.3% Lebih CEO Sambung Tugas

KUALA LUMPUR – Saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) ditutup 2.33 peratus atau empat sen lebih tinggi kepada RM1.76 di Bursa Malaysia hari ini didorong laporan berita bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat, Datuk Zakaria Arshad akan menyambung kembali tugasnya pada 16 Okt.

Saham itu meningkat setinggi RM1.77 dalam dagangan harian, paras tertinggi sejak 19 Jun, 2017.
Sejumlah 9.54 juta saham diniagakan.

Sementara itu, dalam nota hari ini, Kenanga Investment Bank (IB) Bhd berkata, laporan berita tersebut dilihat positif walaupun terdapat kesan perolehan yang minimum, memandangkan penyambungan tugas Zakaria sebagai CEO sewajarnya meredakan ketidaktentuan mengenai hala tuju FGV.

“Tiada sebarang perubahan kepada perolehan, mengulangi penilaian neutral saham dengan harga sasaran lebih tinggi pada RM1.85 memandangkan ketidaktentuan yang lebih lemah sewajarnya meningkatkan keyakinan pelabur.

“Bagaimanapun, unjuran kekal “neutral”,” menurut Kenanga IB. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • FGV

Kategori