Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Tiada Menteri Kerajaan Perpaduan...

SERDANG : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sehingga kini tiada menteri...

Dazrin Akui Terseksa Tidak...

SETELAH hampir setahun berlalu, pelakon kacak Dazrin Kamaruddin mengakui jiwanya terseksa apabila niatnya...

Guru Kafa, Pintar Al-Quran...

KUALA NERUS - Sebanyak 3,946 guru Kelas Agama Fardhu Ain (KAFA), Pintar Al-Quran...

KPM Disaran Sediakan SOP...

IPOH - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disaran menyediakan satu prosedur operasi standard (SOP)...

Sanggup Berhabis Demi Miliki Koleksi Mainan Unik

KUALA LUMPUR – Hanya kerana minat, pengumpul tegar koleksi mainan lama, Muhamad Faiq Adhwa Shariffudin, 27, sanggup menghabiskan hampir RM50,000 sejak beberapa tahun lalu untuk membeli dan menambah koleksi dalam simpanannya.

Anak jati Batu Pahat, Johor itu berkata beliau juga tidak kisah untuk membelanjakan kira-kira 30 hingga 40 peratus daripada pendapatan bulanannya sebagai seorang peguam untuk dijadikan modal memburu pelbagai koleksi mainan lama keluaran era 1980-an dan 1990-an yang dikategorikan sebagai ‘rare‘ atau unik.

Menyifatkan dirinya sebagai mewarisi minat kedua-dua ibu bapanya yang suka mengumpul perhiasan antik seperti pinggan-mangkuk dan teko, Faiq berkata beliau sering meluangkan masa di pasar karat sekitar negeri Johor pada waktu lapang untuk mencari mainan lama.

“Saya juga sering pergi mencari koleksi mainan lama di Singapura kerana di sana lebih banyak dijual dan harganya juga berpatutan.

“Setakat ini antara koleksi paling mahal pernah saya miliki ialah set patung watak Teenage Mutant Ninja Turtle yang mencecah harga RM500,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri program Nine11 di Wisma Bernama hari ini.

Faiq berkata beliau kini mempunyai ribuan koleksi mainan daripada pelbagai jenis termasuk permainan katrij, konsol, replika kereta api dan kenderaan yang unik serta ratusan patung pelbagai karakter.

Katanya setakat ini semua koleksi berkenaan ditempatkan di dalam almari kaca di sebuah bilik kediaman keluarga di Batu Pahat.


“Jika ada rezeki saya berhasrat untuk membuka sebuah kafe mainan, di mana bukan sahaja orang ramai boleh datang minum dan menjamu selera, malah saya dapat menempatkan koleksi mainan untuk dipamerkan kepada pengunjung.

“Buat masa ini mereka yang mahu melihat koleksi saya boleh ikuti saya di laman Facebook dan Instagram dengan carian akaun “Koleksi Along,” katanya.

Beliau berkata bagi menambah pengetahuan selain meluaskan carian mainan unik ini, beliau aktif menyertai pelbagai komuniti pengumpul mainan sepertinya di Facebook. – BERNAMA

Kategori