Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

CABUL: Pramugara MAS Akan...

Susulan kes serangan seksual oleh pramugara Malaysia Airlines (MAS) ke atas seorang penumpang,...

Jumlah Sebenar Mangsa Tanah...

BATANG KALI: Angka sebenar mangsa tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan di Father's Organic...

Tiada Pengiraan Undi Awal...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya telah berlaku pengiraan...

Mungkinkah Anda Mangsa Buli...

KUALA LUMPUR - "Saya sering dibuli di tempat kerja" kata Faizah (bukan nama...

Satu Lagi Waran Tangkap Untuk Bekas PM Yingluck

BANGKOK – Bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dikenakan satu lagi waran tangkap kerana gagal menggunakan pusat pemeriksaan rasmi imigresen semasa ke luar negara, kata Timbalan Ketua Polis Negara Thailand Jen Srivara Rangsibrahmanakul.

Waran tangkap itu dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok pada Rabu.

“Waran tangkap itu adalah atas kegagalannya menggunakan pusat pemeriksaan rasmi imigresen untuk ke luar negara,” katanya kepada media sambil menjelaskan bahawa ini merupakan waran tangkap ketiga yang dikeluarkan terhadap Yingluck sejak Ogos.

Waran tangkap pertama dikeluarkan terhadap bekas perdana menteri itu apabila beliau gagal hadir di Mahkamah Agung pada 25 Ogos ketika suatu keputusan utama ditetapkan, sementara waran kedua turut dikeluarkan atas kegagalan hadir di mahkamah sama pada 27 Sept.


Mahkamah Agung telah sejak itu menjatuhkan hukuman semasa ketiadaan Yingluck, lima tahun penjara kerana melakukan kecuaian dalam skim subsidi beras yang dilaksanakan semasa pentadbirannya. – BERNAMA

Kategori