Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Negeri Rakam Takziah...

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor malam ini merakamkan ucapan takziah atas kemangkatan...

Nadir Al-Nuri Bimbang Keselamatan...

Kuala Lumpur : Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri...

PRK Sungai Besar: 286...

SUNGAI BESAR - Pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar...

Jamal Abdillah, Wahid Senario...

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah dan pelawak, Wahid Senario hadir pada...

Pertimbang Tasik Raban Pengeluar Utama Ikan Darat

LENGGONG – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedia mempertimbangkan cadangan kerajaan negeri untuk menjadikan Tasik Raban di sini sebagai ladang ternakan ikan darat yang utama.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pihaknya bersama Jabatan Perikanan akan membincangkan perkara tersebut memandangkan kawasan itu mempunyai pelbagai jenis spesies ikan darat.

“Tasik Raban dan Sungai Perak keseluruhannya adalah antara pengeluar sumber ikan darat yang berharga kerana kedua-dua kawasan itu mempunyai kepelbagaian spesies ikan darat yang berpotensi tinggi.

“Kita akan memikirkan perkara itu kerana ia juga dapat membantu meningkatkan keupayaan nelayan tempatan dalam menjalankan aktiviti perikanan darat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Ikan Sungai Lenggong di Dataran Tasik Raban di sini hari ini.

Beliau berkata sejumlah 103,000 tan metrik atau RM789 juta ikan air tawar dihasilkan di seluruh negara tahun lepas dengan 35 peratus atau 40,000 tan metrik daripadanya adalah dari Perak.

“Perak merupakan penyumbang terbesar pengeluaran ikan air tawar di negara ini dengan ternakan akuakultur menyumbang lebih 40,000 tan metrik setahun.

“Ia disokong oleh aktiviti perikanan darat dengan sebanyak 850 tan metrik ikan sungai bernilai RM12.7 juta tahun lepas berjaya didaratkan dan 2.26 juta benih ikan telah dilepas di perairan sungai dan tasik di seluruh negeri,” kata Ahmad Shabery.


Mengenai program hari ini, beliau berkata ia julung kali diadakan dalam usaha kerajaan mempromosi ikan air tawar yang menjadi sumber protein penting dalam hidangan masakan selain ikan laut dan haiwan ternakan.

“Ia juga dapat meningkatkan lagi kesedaran masyarakat untuk menerima ikan air tawar sebagai pilihan utama sumber protein yang masih murah dan boleh dipercayai berbanding sumber protein lain,” katanya.

Fiesta yang berlangsung selama tiga hari mulai semalam turut menyediakan pelbagai aktiviti antaranya demonstrasi masakan bersama cef selebriti, pertandingan nyanyian bakat cilik, pertandingan memancing dan sukan air. – BERNAMA

Kategori