Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mayat Budak Lemas Ditemukan...

SANDAKAN - Mayat seorang budak lelaki berusia 11 tahun yang lemas di Sungai...

RM11 Juta Naik Taraf...

KUALA TERENGGANU - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan meluluskan peruntukan RM11...

McDonald’s Jual Aiskrim McFlurry...

KUALA LUMPUR - Para penggemar raja buah, durian, mula berpusu-pusu ke McDonald's setelah...

PRK Sg Kandis: Nama...

KLANG – Nama calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Sektor Korporat Perlu Martabatkan Bahasa Melayu

KUALA LUMPUR – Sektor korporat perlu memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata usaha memperkasa Bahasa Melayu perlu dilaksanakan pelbagai pihak, bukan sahaja di sekolah, institusi pengajian tinggi dan sektor awam, malah sektor korporat juga.

Kerajaan sentiasa beriltizam memperkasa Bahasa Melayu meskipun berdepan pelbagai cabaran, katanya ketika merasmikan Kongres Kerangka Standard Bahasa Melayu 2017 di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai di sini hari ini.

“Saya bersetuju Bahasa Melayu perlu dimantapkan dan usaha memperkasa bahasa ini perlu dibuat menerusi Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) yang menggabungkan kepakaran semua pihak,” katanya sambil menambah, amat penting untuk Bahasa Melayu mempunyai satu kerangka standard yang dapat dijadikan kayu pengukur bagi menilai tahap penguasaan bahasa itu.

Kerangka Standard Bahasa Melayu adalah satu daripada inisiatif memartabatkan pendidikan bahasa kebangsaan itu yang diletakkan di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMB) di bawah Kementerian Pendidikan.

Kerangka Standard Bahasa Melayu dibangunkan untuk menghasilkan satu standardisasi bahasa yang menggunakan satu kerangka yang sama untuk diguna pakai semua bidang seperti pendidikan, pekerjaan dan persendirian.

Sementara itu Ahmad Zahid melahirkan rasa kesal terhadap sesetengah pihak yang memandang rendah terhadap penggunaan Bahasa Melayu meskipun dilahirkan di Malaysia dan mengikuti sistem pendidikan di negara ini.


“Alangkah malunya, jika mereka yang lahir di Malaysia belum dapat menuturkan Bahasa Melayu dengan baik meskipun setelah 60 tahun negara mencapai kemerdekaan.

“Ini amat mendukacitakan saya kerana kita sepatutnya mengangkat Bahasa Melayu setaraf dengan fungsinya sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi keutamaan kita bersama,” kata beliau.

Ahmad Zahid turut berkongsi lawatannya ke kem pelarian Rohingya di Kutupalong, Cox’s Bazar, Bangladesh baru-baru ini dan teruja terhadap tahap penguasaan Bahasa Melayu segelintir warga pelarian.

“Ada pelarian Rohingya yang saya temui mampu bercakap bahasa Melayu dengan baik walaupun pernah bekerja di Malaysia empat tahun sahaja,” katanya. – BERNAMA

Kategori