Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kejam, Majikan Tawar Pampasan...

Beijing - Seorang pekerja kilang di Yunnan yang mengalami lecuran pada 99 peratus...

Anuar Zain Impi Konsert...

KUALA LUMPUR - Penyanyi terkemuka negara, Anuar Zain, mengimpikan satu lagi konsert berskala...

Dr Roland Chia Masih...

KOTA KINABALU - Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Datuk Seri...

Atlet Terengganu Gagal Doping,...

DUA atlet Terengganu yang gagal dalam ujian doping sebelum ini berpunca daripada pengambilan...

Selepas Nombor 1 Dunia, So Yeon Sasar Pemain Terbaik

KUALA LUMPUR – Selepas meraih kedudukan pemain nombor satu dunia, Ryu So Yeon kini menyasarkan gelaran Pemain Terbaik.

“Di samping mengekalkan pemain nombor satu dunia, sasaran saya seterusnya ialah gelaran Pemain Terbaik bagi tahun ini,” kata pemain golf berumur 27 tahun itu kepada pemberita pada sidang media Sime Darby LPGA Malaysia 2017 di TPC Kuala Lumpur di Bukit Kiara, di sini, hari ini.

Pemain itu mengambil perhatian bahawa walaupun beliau menetapkan sasaran itu tetapi tidak mahu terlalu memikirkannya.

“Jika terlalu memikirkannya, ia boleh menjejaskan permainan. Jadi, saya hanya mahu fokus pada permainan saya… setiap pukulan, setiap kejohanan,” katanya.

Setakat 22 Okt, So Yeon menduduki tangga teratas kedudukan Pemain Terbaik LPGA bagi tahun ini dengan 162 mata dan diekori pemain Amerika Lexi Thompson dengan 147 mata dan rakan senegara Park Sung Hyun di tempat ketiga dengan 142 mata.

Pada 26 Jun, So Yeon menduduki nombor ke-11 dalam Rolex Rankings susulan kejayaan memenangi gelaran Jelajah LPGA buat kali kelima pada Kejohanan Walmart NW Arkansas.


“Terdapat beberapa pemain yang menghampiri kedudukan teratas ranking, dan saya rasa bertuah saya dapat mengalahkan mereka dan menduduk tempat teratas. Ia menjadi motivasi untuk saya terus bermain dengan baik. Saya mahu menjadi pemain nombor satu sejati,” katanya.

Sebanyak 78 pemain termasuk juara dua kali Feng Shanshan daripada China dan pemain nombor satu negara Kelly Tan, akan bertarung untuk gelaran sukar itu pada kejohanan tersebut yang menawarkan US$1.8 juta (RM7.56 juta) dari 26-29 Okt di East Course, TPC Kuala Lumpur (sebelum ini dikenali sebagai Kuala Lumpur Golf and Country Club) di Bukit Kiara, di sini. – BERNAMA

Kategori