Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

‘Saya Yang Menurut Perintah’...

MELAKA – Mentaliti 'Saya yang menurut perintah' seperti yang meresap luas terutama dalam...

Cuepacs Minta Kerajaan Semak...

KUCHING - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan memberikan pertimbangan...

Pelapor Khas Isu Hak...

PUTRAJAYA: Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak asasi manusia di Myanmar,...

Catherine Zeta-Jones Belanja RM11,000...

PELAKON antarabangsa, Catherine Zeta-Jones sanggup berhabis duit untuk membeli produk kecantikan bagi menjaga wajahnya...

Seludup 50 Warga Asing, 5 Lelaki Ditahan

KINABATANGAN – Lima lelaki termasuk seorang pengurus ladang sebuah kelapa sawit ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes penyeludupan 50 warga asing di Sukau dekat sini Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A. Sahak Rahmat berkata kesemua mereka ditahan dalam satu operasi membabitkan sebuah feri di jeti Ladang Moresim di sungai Kinabatangan pada 4.15 petang.

Katanya siasatan mendapati 50 warga asing yang berusia setahun hingga 55 tahun itu dibawa menaiki tiga lori dan tujuh motosikal untuk melintasi sungai Kinabatangan menggunakan feri dari jeti Sukau ke Jeti Moresim.

Mereka dibawa lima lelaki itu dari sebuah ladang untuk berpindah tempat kerja di sebuah ladang lain di daerah ini sebagai buruh ladang, katanya dalam kenyataan, hari ini.

A. Sahak berkata pengurus ladang rakyat tempatan berusia 25 tahun dan empat lelaki warga asing berusia 30 hingga 50 tahun serta tiada dokumen pengenalan diri itu ditahan mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.


Katanya 50 warga asing itu pula ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963.

Beliau berkata turut dirampas adalah lori dan motosikal yang digunakan dalam aktiviti penyeludupan migran itu. – BERNAMA

Kategori