Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sentiasa Pastikan Keamanan, Kemakmuran...

KENINGAU – Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berkata kerajaan Barisan Nasional...

Pakatan Rakyat 2008 Tidak...

KUALA LUMPUR - PAS tidak akan mengadakan kerjasama politik yang tidak menguntungkan Islam...

Najib Umum Bina Sekolah...

KOTA MARUDU - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kelulusan pembinaan sekolah baharu...

1MDB Yakin Dapat Kurangkan...

KUALA LUMPUR -- Pelaksanaan pelan rasionalisasi bagi mengurangkan kadar hutang oleh 1Malaysia Development Bhd...

Seluruh Politeknik Dinaik Taraf Kos RM271.4 Juta

KUALA LUMPUR – Infrastruktur, kemudahan dan peralatan di politeknik seluruh negara sedang dinaik taraf melibatkan perbelanjaan sebanyak RM271.4 juta, menurut Laporan Ekonomi 2017/2018 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini.

Ia merupakan komitmen kerajaan untuk menambah baik pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) bagi melahirkan tenaga kerja yang memenuhi keperluan industri.

Selain itu, proses transformasi sembilan kampus Institut Pendidikan Guru kepada politeknik, kolej vokasional dan Pusat Latihan Pengajar TVET sedang dilaksanakan dan dijangka beroperasi menjelang 2019 yang akan memberi manfaat kepada 1,568 pelajar dan 600 pengajar TVET setiap tahun.

Bagi menggalakkan aktiviti penyelidikan dan meningkatkan penerbitan dan pendaftaran harta intelek di institusi pengajian tinggi, sejumlah RM78 juta telah disalurkan kepada 947 pemohon dana penyelidikan, kata laporan itu.

Sejumlah RM2.5 bilion pula dibelanjakan bagi menyediakan biasiswa kepada 219,496 penerima di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Kesihatan dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Sementara itu, sejumlah RM367.4 juta telah dibelanjakan bagi membina dan menaik taraf 227 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara sehingga akhir Ogos 2017.

Seramai 244,216 guru pula mendapat manfaat menerusi bekalan komputer tablet yang mengandungi perisian Tutor Guru dan e-surat khabar bagi menggalakkan e-pembelajaran dalam kelas.


“Ia melibatkan perbelanjaan sebanyak RM148 juta dan tablet tersebut membolehkan guru mendapatkan maklumat tambahan dan menggalakkan kreativiti dalam pengajaran,” kata laporan itu.

Melalui Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) pula, seramai 57,574 graduan telah mendapat manfaat dan untuk memperkukuhkan lagi skim tersebut, syarikat yang mendapat kontrak kerajaan diwajibkan memperuntuk sekurang kurangnya 1 peratus daripada nilai kontrak untuk melaksanakan skim itu bermula 1 Ogos 2017.

Bagi mengarusperdanakan peranan wanita dalam pembangunan negara, peruntukan juga disediakan bagi membiayai program-program seperti Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT), Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNita) dan Program Kembali Bekerjaya (CCP). – BERNAMA

Kategori