Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Mayat Pelajar Tahun Tiga...

ALOR SETAR - Mayat seorang pelajar tahun tiga dikhuatiri lemas selepas terjatuh di...

Pendaki Gunung Berlumut Hilang...

KLUANG – Seorang pendaki yang dipercayai sesat ketika mengikuti pendakian berkumpulan dekat...

Ada Kemungkinan Selain Kumpulan...

PASIR PUTEH - Polis tidak menolak kemungkinan ada kumpulan militan selain Abu Sayyaf...

Gambar Samsung Galaxy Note...

SAMSUNG dikatakan akan memperkenalkan telefon pintar Galaxy Note 5 mereka pada pertengahan Ogos...

Sembilan Lagi Guru Ajar Bahasa Tamil STPM Dilantik

PUTRAJAYA – Kerajaan telah meluluskan pelantikan sembilan lagi guru bagi mengajar bahasa Tamil untuk pelajar-pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi sesi 2017.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan berkata mereka mula bertugas pada 1 Okt lepas serta ditempatkan di Perak (satu), Selangor (empat), Kedah (dua) dan Negeri Sembilan (dua).

Bercakap dalam sidang media berhubung pelantikan itu, Kamalanathan berkata penambahan sembilan guru tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kepada 13 orang guru bagi tahun ini.

“Pelantikan empat guru (satu di Perak dan tiga di Negeri Sembilan) diluluskan tahun lepas bagi menampung keperluan ibu bapa dan pelajar untuk memperluaskan guru yang mengajar bahasa Tamil untuk pelajar STPM,” katanya.

Beliau berkata pihaknya berharap dapat menambah jumlah guru kepada 15 hingga 20 orang bagi menampung keperluan guru mengajar bahasa Tamil untuk pelajar STPM di 18 sekolah yang telah dikenal pasti.

Kamalanathan berkata seramai 427 daripada 45,258 pelajar yang bakal menduduki STPM tahun ini telah berdaftar untuk mengambil bahasa Tamil bagi peperiksaan itu.


Menurut Kamalanathan, seramai 789 pelajar dijangka menduduki peperiksaan STPM tahun depan bagi kertas Bahasa Tamil.

“Jawatankuasa Perluasan Bahasa Tamil Tingkatan Enam telah mencadangkan beberapa inisiatif antaranya menyediakan satu platform bagi membantu 789 pelajar memperkukuhkan pembelajaran bahasa Tamil.

“Inisiatif ini masih dalam kajian dan hampir 90 peratus siap serta dijangka dapat direalisasikan akhir tahun ini atau awal tahun depan,” katanya. – BERNAMA

Kategori