Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Penularan Pneumonia Bukan Berkaitan...

GUA MUSANG - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail...

Terkedu Baca Artikel Mahathir...

KUALA LUMPUR - Terkedu membaca artikel terbaru oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr....

Kastam Lancar Ops GST...

PUTRAJAYA - Satu operasi khas dikenali sebagai 'Ops GST' akan dilancar serentak di...

Krisis Selangor: PAS Tetap...

PETALING JAYA - Tanpa mengendahkan gesaan dua rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR),...

Sembilan Maut Lori Langgar Van Di Tapah

TAPAH – Sembilan pekerja ladang maut dalam satu kemalangan di Jalan Air Kuning-Mambang Diawan dekat Kampung Haji Dahlan di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supt. Som Sak Din Keliau berkata kemalangan kira-kira pukul 6.50 pagi itu membabitkan sebuah lori ais dan sebuah van.

Katanya kemalangan menyebabkan kesemua lapan penumpang van terdiri daripada wanita dan seorang lelaki pemandu van, 32, maut di tempat kejadian, manakala pemandu lori yang berusia 22 tahun cedera parah.

“Lori ais itu dari Kampar menuju ke Air Kuning telah berlanggar secara berdepan dengan sebuah van yang membawa pekerja ladang dari arah bertentangan.

“Akibat pelanggaran itu, kesemua penumpang dalam van telah maut,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.


Kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat, manakala pemandu lori ais berkenaan menerima rawatan di Hospital Kampar. – BERNAMA

Kategori