Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Puteri Diraja Thailand Lawat...

MELAKA - Puteri Diraja Thailand, Maha Chakri Sirindhorn pada Khamis melawat bandar raya...

Pemuda Wajah Anime Penipu,...

MINGGU lalu, media sosial dikejutkan dengan penularan gambar seorang pemuda berwajah anime yang...

Dadah: Wanita Ukraine Dipenjara...

GEORGE TOWN - Nasib tidak menyebelahi seorang wanita warga Ukraine berusia 24 tahun...

Bina Stadium RM70 Juta...

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor awal tahun ini dengan penuh...

Sempena Cipan Mati – Tahniah Kepada KP Bomba

USAHA cemerlang pihak berkuasa ‘menyelamatkan’ seekor tapir/cipan yang terperangkap di Taman Desa Saujana, Batu 14, Hulu Langat malam semalam sememangnya layak diberikan pujian bergunung.

Ini kerana kaedah jerut sampai mati yang diguna pakai jelas memaparkan betapa profesionalnya tindakan anggota jabatan bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pada malam itu.

Difahamkan, haiwan berkenaan dijerut kuat pada bahagian leher dan kaki, kemudian ditarik berkali-kali sehingga menyebabkan haiwan malang itu menjadi lemah sebelum mati.

Mungkin, prosedur operasi standard (SOP) para anggota itu adalah langkah terbaik memudahkan proses penangkapan.

Syabas diucapkan kerana hasil tindakan itu menyebabkan mamalia berkenaan ‘bertenang’ buat selama-lamanya.

Teknik jerut bagi tenang memang bukan calang-calang agensi cap ayam mampu buat.

Sementara itu di laman Facebook,  Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM) ada memuat naik sebuah posting yang memaparkan Ketua Pengarah JBPM menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Wan Mohd. Nor Ibrahim di atas kurnian darjah yang diterima.

Mungkin warga bomba tumpang kembang bontot dengan kejayaan Datuk Seri.


Namun apa yang kurang enaknya, ada netizen meninggalkan komen menarik di atas gelaran yang diterima Ketua Pengarah JBPM itu.

Pengguna Facebook yang menggunakan nama Azmir Salim, meninggalkan komen pedas berbunyi;

“Apa benda la anak buah kau tangkap tapir pun boleh terjerut sampai mati! Apa yang korang kursus menyelamat ha?” tulisnya.

Manakala seorang lagi netizen turut mempersoalkan mengapa operasi menyelamatkan haiwan terbabit bertukar kepada tragedi ‘tak sengaja’ membunuh haiwan berkenaan.

Eh…terpalit lak kejayaan bos bomba dengan nasib tapir….

Tak patut….tak patut…. Rasa lemas terjerut leher lak baca komen camtu…

Apa pun…tahniah kepada bos bomba…. -MYNEWSHUB.CC

Kategori