Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Pekebun Bangladesh Didakwa Rasuah...

KUANTAN - Seorang pekebun sayur warga Bangladesh di Cameron Highlands dekat sini mengaku...

Rantau Kukuhkan Kerjasama UMNO,...

REMBAU - Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Tragedi MH370 Tidak Jejas...

PORT DICKSON - Tragedi malang pesawat MH370 Malaysia Airlines dan kes penculikan khususnya...

Hamzah Jumpa PM Esok

Isu perjanjian antara Bersatu dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dijangka akan dibangkitkan...

Seorang Lagi Adik Bekas Menteri Direman

KOTA KINABALU – Seorang lagi adik bekas menteri persekutuan direman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana RM180 juta berkaitan projek luar bandar di negeri ini.

Majistret Stephanie Sherron Abbie mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan lelaki bergelar ‘Datuk’ berkenaan sehingga 21 Oktober ini bagi membantu sisatan di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009.

Lelaki berusia 57 tahun yang ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah semalam antara sembilan individu yang ditahan setakat ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana projek luar bandar sejumlah RM180 juta iaitu sebahagian daripada RM1.5 bilion dana yang dianggarkan diselewengkan dalam sebuah kementerian.

Dana RM1.5 bilion itu adalah sebahagian peruntukan kerajaan pusat melalui sebuah kementerian berjumlah RM7.5 bilion untuk melaksanakan projek luar bandar di Sabah sepanjang 2009 hingga 2015. – BERNAMA

Kategori