Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Wanita Dipaksa Lakukan Seks...

SEORANG wanita bersama anak tiri lelakinya telah dihukum dengan undang-undang `rimba’ apabila dibogel...

FINAS Sasar Filem Malaysia...

Walaupun pernah menghantar dua pencalonan ke anugerah berprestij dunia perfileman, Oscar, namun sehingga...

Video: Akibat Tak Matikan...

SUDAH acap kali berlaku, namun masih lagi ada ibu bapa cuai yang meninggalkan...

Kerajaan PH Bakal Kawal...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyokong cadangan...

Seorang Lelaki Ditemui Mati Disyaki Dipukul

TUMPAT – Seorang lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh berhampiran tali air di Kampung Ana di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Mohd Fakri Che Sulaiman berkata mayat mangsa dikenali sebagai Mohd Khairi Mohd Yusof, 47, ditemui dengan kecederaan parah di kepala pada 10 malam tadi.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berumur 29 tahun yang dipercayai mengalami masalah mental, bagi membantu siasatan kes penemuan mayat berkenaan, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Fakri berkata terdahul, polis menerima maklumat daripada penduduk kampung yang curiga selepas melihat suspek dengan bajunya berlumuran darah menunggang motosikal mangsa.

“Berdasarkan maklumat awam, suspek berhenti di sebuah kedai makan sebelum berlaku pertengkaran dengan orang kampung yang curiga dengan gelagatnya,” katanya.

Susulan pertengkaran itu suspek melarikan diri dengan menunggang motosikal mangsa dan penduduk yang curiga dengan hal tersebut bertindak membuat laporan polis.


“Suspek ditahan oleh polis kira-kira tiga kilometer dari lokasi pembunuhan,” katanya.

Beliau berkata suspek kemudian membawa polis ke lokasi kejadian dan pemeriksaan polis menemukan mayat mangsa yang juga penduduk kampung berkenaan, dalam keadaan terlentang dengan kesan berdarah di kepala.

“Siasatan awal polis mendapati suspek yang berasal dari kampung sama memiliki dua rekod lampau berkaitan dadah. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – BERNAMA

Kategori