Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Polis Tembak Mati Penjenayah...

KUALA LUMPUR -- Polis menembak mati seorang penjenayah warga Indonesia yang merompak sebuah...

Simpan Ribuan Gambar Raya...

DALAM dunia digital sekarang, segala maklumat atau aktiviti perlu disalurkan dengan pantas. Maka tidak hairanlah...

Ketiadaan Rumah Sendiri Resahkan...

TANAH MERAH - Ketiadaan rumah sendiri menjadi keresahan kebanyakan generasi kedua warga Felda...

Instagram Harry-Meghan Pecah Rekod...

KURANG enam jam selepas dilancarkan, akaun Instagram pasangan diraja Britain, Putera Harry dan...

Seorang Lelaki Maut Dalam Kemalangan Libat 3 Kenderaan

 

SEREMBAN – Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan dua kenderaan lain, di KM269.7 Lebuh raya Utara-Selatan arah Utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Seremban, kira-kira 12.40 tengah malam tadi.

Pegawai Bomba Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Md Munawir Md Yusof berkata mangsa dikenali sebagai Aliff Ashraf Rosli, 24, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

“Setelah tiba di lokasi kemalangan, kami mendapati mangsa terperangkap di dalam kereta jenis Proton Saga dan tidak sedarkan diri. Pegawai perubatan yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Pemandu treler dan pemandu MyVi yang turut terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, dalam kemalangan berasingan di Tampin, pemandu kereta Proton Wira cedera apabila keretanya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori yang membawa muatan kelapa sawit di KM512 Jalan Tampin-Gemas, tengah malam tadi.


Pegawai Bomba Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, Roslan Sairani berkata​ kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira itu, yang sedang menuju Gemencheh, hilang kawalan lalu bertembung dengan lori yang datang dari arah bertentangan.

“Pemandu lori dan empat lagi penumpang Proton Wira tidak mengalami kecederaan dan pemandu kereta itu dihantar ke Hospital Tampin untuk mendapatkan rawatan,” katanya. – BERNAMA

Kategori