Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PAS Cabar Ahmad Maslan...

MUADZAM SHAH - PAS pada Jumaat mencabar Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan...

Lebih 500 Ribu Mangsa...

KUALA LUMPUR - Lebih 500,000 individu dilaporkan menjadi mangsa penipuan pelbagai pelaburan haram di...

Aktor Robert Vaughn Meninggal...

LOS ANGELES - Robert Vaughn, aktor yang terkenal memegang watak Napoleon Solo dalam...

Adik Anwar Ibrahim Meninggal...

KUALA LUMPUR: Adik kepada Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu...

Insiden Jambatan Runtuh 1 Maut, 57 Cedera

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya seorang terbunuh manakala lebih 57 lagi cedera dalam insiden jambatan runtuh di selatan negeri Kerala di India pada Isnin, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan polis.

Insiden itu berlaku di Chavara dalam daerah Kollam, kira-kira 65 kilometer dari ibu negeri Kerala, Thiruvananthapuram.

“Jambatan besi lama itu, yang digunakan untuk menyeberangi kawasan air mati, runtuh ketika kira-kira 60 orang menggunakannya,” kata seorang pegawai kanan polis.

Semua mangsa yang berada di atas jambatan itu terjatuh ke dalam air.

“Seorang wanita meninggal dunia di tempat kejadian manakala mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital tempatan untuk rawatan, ada antara mereka mengalami kecederaan parah,” katanya.

Satu operasi besar-besaran diadakan di kawasan air mati untuk mencari dan menyelamat mangsa yang mungkin lemas.


Saluran televisyen tempatan menunjukkan rakaman visual jambatan yang runtuh itu dan melaporkan bahawa ramai orang telah berkumpul di laluan pejalan kaki untuk mengadakan tunjuk perasaan.

“Kami tidak ada pengesahan rasmi berhubung perkara ini. Namun satu siasatan telah diarah dijalankan ke atas insiden ini,” kata pegawai itu.

Insiden jambatan runtuh bukan perkara luar biasa di India dan kebanyakannya berlaku disebabkan kekurangan penyelenggaraan. Dua orang maut manakala 50 lagi cedera dalam satu insiden jambatan runtuh di negeri pesisir Goa pada Mei. – BERNAMA

Kategori