Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Adenan Yakin BN Sarawak...

SRI AMAN - Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yakin Barisan Nasional (BN)...

Kerajaan Akan Meminda SOSMA...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan meminda undang-undang keselamatan drakonian termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah...

Kontraktor Cedera Ditembak Di...

PETALING JAYA - Seorang kontraktor cedera selepas ditembak dua individu tidak dikenali di...

Buku Panduan Harga Bantu...

ALOR SETAR - Buku Panduan Harga Pengguna (PHP) melibatkan 500 barangan terpilih yang...

Seorang Tentera Thai Maut Dalam Serangan Bom

NARATHIWAT – Seorang anggota tentera Thai maut manakala seorang lagi cedera apabila sebutir bom seberat 20kg meletup ketika mereka melakukan rondaan di Bachok, Narathiwat hari ini.

Kedua-dua anggota tentera terbabit sedang meronda di Jalan Kampung Cuwo-Gajah Mati di daerah itu apabila bom yang diletak di tepi jalan meletup kira-kira 6.30 pagi waktu tempatan.

“Ketika serangan bom itu berlaku, anggota tentera berkenaan bersama enam rakan mereka sedang melakukan rondaan keselamatan menaiki empat motosikal,” kata Ketua Polis Daerah Bachok, Kol. Pattah Madawa kepada pemberita hari ini.

Pihak polis percaya bom buatan sendiri itu diaktifkan menggunakan walkie talkie, kata beliau dan menambah, kedua-dua anggota tentera terbabit dikejarkan ke Hospital Bachok untuk mendapatkan rawatan.

Menurut Pattah, polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan itu. – BERNAMA

Kategori