Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Laporan Pemecatan Undang Luak...

SEREMBAN - Laporan Jawatankuasa Khas Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan yang menyiasat...

Timbalan Pengarah Hospital Machang...

PASIR PUTEH - Seorang doktor perubatan yang juga Timbalan Pengarah Hospital Machang, maut...

Obama Kutuk ‘Pembunuhan Kejam’...

WASHINGTON - Presiden Barack Obama mengutuk 'pembunuhan kejam' oleh kumpulan militan Negara Islam...

Anwar Dibenar Padam Sabitan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Seorang Wanita Maut Dalam Kebakaran Rumah Di Bangsar

KUALA LUMPUR – Seorang wanita maut manakala lima lagi sesak nafas selepas rumah mereka di Lorong Maarof, Bangsar di sini terbakar awal hari ini.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman@Hussaini berkata dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, mayat wanita yang dikenali sebagai Kamadevi berusia lingkungan 50 hingga 60 tahun ditemui di ruang tangga rumah dua tingkat berkenaan.

Katanya anggota bomba terpaksa memecah pintu untuk masuk ke kediaman yang mempunyai enam bilik tidur untuk menyelamatkan semua mangsa yang terperangkap.

“Ketika pasukan bomba tiba di lokasi kejadian api sedang marak di bahagian ruang tamu dan kebakaran berjaya dikawal pada 4.46 pagi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Khirudin berkata dua mangsa berlari keluar sebaik pintu berjaya dipecahkan, dua lagi mangsa ditemui terbaring di bilik tidur tingkat atas manakala seorang remaja ditemui sedang menangis di bilik tidur aras bawah.

“Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan empat sekeluarga itu dan seorang pembantu rumah yang terperangkap di dalam kediaman berkenaan,” katanya.


Beliau berkata tiga mangsa menerima rawatan di zon merah manakala dua lagi dirawat di wad biasa Pusat Perubatan Universiti Malaya. Kesemua mereka berumur lingkungan 12 hingga 60 tahun.

Menurutnya, kebakaran dipercayai bermula dari ruang tamu dan punca kejadian masih dalam siasatan. – BERNAMA

Kategori