Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ribut Petir Di Perairan...

KUALA LUMPUR - Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Sandakan, Sabah dijangka...

299 Pati Ditahan Dalam...

SANDAKAN - Seramai 299 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu...

Pisau Cukur Nak Saman...

CONTROL syarikat, control suami, laga-lagakan keluarga, habiskan wang syarikat, kononnya dipukul suami, bercerai, bawa...

Perbit Bantah Kad Tambah...

KUALA LUMPUR - Yayasan Persatuan Pengguna Telefon Bimbit Malaysia (Perbit) berharap syarikat telekomunikasi...

Sepang Aircraft Engineering Kini Milik Penuh Airbus

KUALA LUMPUR – Syarikat industri penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), Sepang Aircraft Engineering (SAE) yang berpangkalan di ibu negara kini menjadi subsidiari milik penuh Airbus berikutan pembelian baki saham oleh Airbus.

Melalui pembelian baki saham itu, SAE kini menjadi sebahagian daripada rangkaian Airbus Customer Services dan akan menjadi elemen penting dalam strategi pertumbuhan Services by Airbus dalam pasaran Asia Pasifik yang dinamik.

Ketua Perkhidmatan Unit Perniagaan Airbus, Laurent Martinez berkata, Airbus memiliki sebahagian saham SAE sejak tahun 2011 dan kini ia milik penuh Airbus yang merupakan peneraju global dalam bidang aeronautik, aeroangkasa dan perkhidmatan.

“Sejak penubuhannya pada 2007, SAE telah berjaya mencipta reputasi yang kukuh dalam pasaran MRO bagi perkhidmatan yang menetapi masa dan boleh dipercayai.

“Matlamat kami adalah untuk menjadikan SAE sebagai MRO yang terkemuka di rantau ini dengan menjadikannya sebagai pusat inovasi untuk perkhidmatan servis pesawat komersil Airbus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hangar pertama MRO SRE boleh menampung sehingga enam pesawat lorong tunggal atau dua pesawat berbadan lebar, manakala hangar kedua boleh menampung dua pesawat A320 pada bila-bila masa untuk pemeriksaan penyelenggaraan utama.

Hangar kedua turut menempatkan kawasan mengecat bertutup khusus mesra alam yang pertama di Malaysia serta bengkel canggih untuk membaiki dan membaik pulih pelbagai komponen yang digunakan pada pesawat Airbus termasuk sistem hidraulik dan pneumatik.


Selain aktiviti pesawat komersil, SAE turut menyediakan perkhidmatan alat ganti dan sokongan teknikal kepada fleet pesawat pengangkutan udara Airbus A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia.

Kemudahan SAE turut menempatkan inventori alat ganti serantau utama bagi pesawat single-aisle dan wide-body Airbus untuk kegunaan syarikat penerbangan yang memilih pakej sokongan menyeluruh Flight Hour Services (FHS) Airbus untuk fleet mereka.

SAE mempunyai seramai 500 orang pekerja. Pelanggan SAE termasuk AirAsia Group, Cebu Pacific, Indigo, Jetstar Asia, Scoot, Malindo Air, MASWings dan VietJet Air. – MYNEWSHUB.CC

Kategori