Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kes Bella: Jangan Keluar...

KUALA LUMPUR : Orang awam diberi amaran supaya tidak mengeluarkan kenyataan dalam media...

Proton Sasar Jual 150,000...

PETALING JAYA - Pembuat kereta nasional, Proton Holdings Bhd (Proton), menyasarkan jualan 150,000...

Khianat Api Rumah Koo...

IPOH - Lelaki yang ditahan kerana disyaki melakukan khianat api di kediaman Ahli...

Polis Beli Kasut Untuk...

SEORANG anggota polis di Oregon, Amerika Syarikat terharu dengan seorang gelandangan yang sanggup...

Serangan Udara Rusia Bunuh 12 Komander Nusra

DAMSYIK – Seramai 12 komander kumpulan Nusra Front terbunuh dalam serangan udara tentera Rusia di bandar Idlib, lapor agensi berita China Xinhua memetik agensi berita SANA pada Rabu.

Kementerian Pertahanan Rusia berkata, serangan udara itu turut mencederakan pemimpin Nusra Front, Ahmed Hussein al-Shar’a juga dikenali sebagai Abu Mohammad al-Julani.

Terdapat laporan mengatakan kecederaan al-Julani serius hingga menyebabkan beliau kehilangan tangannya.

Bandar Idlib merupakan kubu kuat Nusra Front, baru-baru ini kumpulan itu mengubah namanya untuk mengalihkan perhatian pihak tertentu. Kumpulan berkenaan mempunyai kaitan dengan al-Qaeda.


Bagaimanapun, kumpulan itu tetap menjadi sasaran operasi memerangi pengganas dalam operasi dilancarkan pihak antarabangsa di Syria. – BERNAMA

Kategori